5 Perkara Lelaki Profesional Tidak Patut Buat

Business Insider

Sebagai lelaki profesional, bukan sahaja pakaian perlu dijaga, malah perkara-perkara lain juga perlu diambil perhatian. Ini 5 perkara yang perlu dijaga.

1. Memakai minyak wangi yang terlampau banyak

Minyak wangi ini ada hadnya jugak. Jika disembur mahupun disapu keterlaluan tentunya akan membangkitkan rasa tidak senang orang sekeliling. Sebaiknya sembur minyak wangi selepas mandi, sebelum mengenakan pakaian. Suhu badan berada di tahap terbaik pada masa ini. Sembur pada tempat yang mempunyai haba pada badan. Pergelangan tangan, tengkuk dan belakang lutut adalah tempat yang baik.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah cara memakai minyak wangi. Tidak perlu calit dan gosokgosok macam gosok nak polish kereta itu. Cukup sekadar calit sahaja. Untuk minyak wangi jenis semburan, tidak perlu sembur ke udara dan berjalan ala model catwalk. Bidaah itu. Membazir pun ye. Sembur sahaja di badan.

 

Dann

2. Memakai SeluarDengan Corak Berulang

Seluar ini kasual sifatnya. Juga seluar yang sifatnya parti. Maka sudah tentu tidak sesuai untuk dipakai di majlis profesional. Malah jika dipakai untuk suasana profesional, akan ternampak sangat janggal. Dan tidak keterlaluan jika saya katakan sedikit kebudak-budakan.

Sears

3. Memakai Kasut Velcro

Ingat lagi sewaktu kecil kita ke sekolah memakai kasut jenis ini? Senang kan nak basuh dan pakai. Sarung dan lekat.Tinggalkan lah memori sekolah tu. Sekarang perlu pakai kasut kulit.  Bertali lebih baik.

MissCarlaCloset

4. Jeans Bling Bling

Untuk mereka yang berjiwa muda dan gemar berfesyen, jeans ini akan kelihatan sangat cantik. Sesuai di bawa berparti dan berlibur dengan kawan-kawan. Awas! Imej jeans ini adalah imej parti. Tentunya kita tidak mahu imej ini di pejabat kan? Walaupun pada hari Sabtu.

Wikipedia

5. Sandal Dipakai Dengan Stokin

Aduhai. Janggal rasanya bila melihat sandal dipakai sebegini. Jika sejuk, maka pakailah kasut. Tiada masalah mengenakan stokin. Sandal dan selipar ini satu kategori. Tidak sesuai dipakai bersama dengan stokin.

Belajar memakai pakaian dan aksesori dengan cara yang betul. Tidak mahu kita ini dilihat janggal.

Selamat bergaya!

Baca : 10 Cara Berfesyen Bagi Lelaki Berkulit Gelap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *