Lelaki Perlu Tahu Asas Imej Ini Untuk Membentuk Personaliti

Permanent Style

Imej ada pantulan personaliti seseorang. Apabila kita memahami personaliti diri, imej sepatutnya meningkatkan personaliti tersebut, bukan menenggelamkannya. Kerana itu kadangkala kita lihat imej yang dipancarkan tidak kena dengan tuan punya diri.

Imej yang kelihatan di mata orang ada beberapa faktor. Antaranya warna, corak dan fabrik. Namun yang lebih penting adalah bentuk dan skala muka, bentuk badan dan keseimbangan (proportions) yang ada pada individu tersebut. Apabila kita tahu ciri-ciri yang ada pada kita, maka mudahlah untuk kita mencaturkan imej bagaimana yang kita mahu pancarkan sesuai dengan tujuan kita. Sebagai contoh, jika anda  menghadiri temuduga, apakah anda mahu kelihatan profesional atau santai? Apakahanda mahu kelihatan berkuasa atau tunduk mendengar kata dan setia?

Soalan-soalan asas sebegini perlu ditanya bagi menentukan apa yang bakal anda pamerkan. Kerana imej yang betul akan memberikan mesej yang betul. Anda tentu tidak mahu kelihatan tidak seperti budak sekolah bila ditemuduga bukan?

Salah satu perkara yang penting bila mempamerkan imej positif adalah kesesuaian atau fitting. Dalam istilah yang longgar kita selalu menyatakan fit itu ketat. Ini adalah sesuatu yang amat salah. Fit sebenarnya bermaksud sesuai dengan bentuk badan. Jika anda memakai baju yang fit itu bermakna tuan-tuan memakai baju yang sesuai dengan bentuk badan anda.

Pepatah menyatakan ukur baju di badan sendiri. Pepatah ini memang tepat. Dengan gelombang fesyen yang melanda, ramai lelaki yang terikut-ikut untuk menggayakan fesyen terbaru. Fesyen skinny fit contohnya amat popular sekarang, tetapi pernahkah anda terfikir apa yang di dalam fikiran bakal majikan jika anda datang temuduga dengan memakai baju dan seluar yng potongannya skinny fit?

Begitu juga bagi mereka yang berbadan besar suka memakai pakaian yang over-size. Maka individu tersebut akan kelihatan selekeh dan tidak menarik. Profesional jauh sekali.

Gaya profesional tidak mungkin ditelan zaman. Ianya malar segar dan membuat pemakainya kelihatan matang dan profesional. Cari pakaian yang fit dengan bentuk badan anda. Ini lebih menjamin keyakinan klien atau majikan untuk berurusan dengan anda.

Selamat bergaya!

Baca : Lelaki Yang Dijauhi Wannita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *