Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

meetbraziliangirls.com

Benar, kadangkala lelaki suka menyembunyikan kebenaran kerana mahu menjaga hati. Namun tindakan tersebut sebenarnya boleh memburukkan lagi keadaan. Ini kerana dalam menjalinkan hubungan cinta atau memulakan perkenalan, kejujuran adalah perkara utama yang dinilai oleh wanita.

Justeru, masih belum terlambat untuk anda memperbaiki diri dan bersifat jujur, permulaannya pasti menyakitkan namun sekurang-kurangnya si dia tidak terus salah erti tindakan anda. Semak tip lelaki perlu elak salah faham wanita.

ads-hair-tonic

 

 

Pura-Pura Ketawa

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

nisfeldunia.ahram.org.eg

Ada kalanya ketika pasangan membuat jenaka, ia tidak berhasil. Namun anda tetap ketawa berdekah – dekah kerana tidak mahu si dia berasa malu. Memang niat asal ingin menghargai apa yang cuba dilakukan oleh wanita kesayangan, tetapi ia akan disalah ertikan pula. Sebaliknya anda diam sahaja dan tukar topik perbualan.

Diam Tanpa Reaksi

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

www.india.com

Lelaki adalah makhluk yang mudah berasa bosan. Walaupun lelaki kelihatan diam dan biasa-biasa sahaja ketika mendengar keluhan wanita kesayangan mereka sebenarnya suka mendengar apa yang diluahkan. Mungkin anda tidak pandai menunjukkan minat dan mendiamkan diri tanpa reaksi, namun itu sebenarnya boleh menyebabkan si dia salah sangka. Sebaiknya tunjukkan reaksi anda dan mencelah sekali sekala.

Ayat-Ayat Manis

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

www.lovepanky.com

Jika anda pernah menyatakan anda mahukan wanita persis si dia hanya sekadar mahu mengambil hati dan bermulut manis, adalah sebaiknya anda hentikan tindakan tersebut. Ini kerana anda sendiri belum tentu suka pada si dia. Tidak baik membuatkan si dia berada di awang-awangan dan menaruh harapan. Bukankah lebih bagus anda berterus – terang?

Lagak menggoda

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

www.lovepanky.com

Anda menggoda dan bergurau mesra dengan si dia. Namun tindakan itu dilakukan kerana mahu menghilangkan rasa malu saat pertama kali berbual. Pada anda tindakan itu biasa sahaja dan anda sememangnya seorang yag peramah. Tetapi adakah anda tahu, tindakan tersebut boleh disalah ertikan oleh wanita. Wanita akan menganggap anda menyukai dan meminati mereka pula. Sebolehnya elakkan bermesra berlebihan jika anda memang tidak menaruh sebarang perasaan kepada wanita tersebut.

Punya Persamaan

Lelaki Perlu Elak Salah Faham Wanita

www.eharmony.com

Kerap kali lelaki menyatakan yang mereka mempunyai persamaan dengan wanita tersebut. Namun mempunyai banyak persamaan tidak bererti kalian berdua secocok. Ia mungkin boleh jadi kebetulan dan anda menganggap wanita tersebut sahabat sahaja. Tetapi adakah anda tahu, tindakan itu menyebabkan wanita mudah perasan dan seterusnya menaruh harapan pada anda. Cuba elakkan berkata seperti itu ya.

BACA: Kasut Bukan Sekadar Alas Kaki, Ikuti Tips Berkenaan Kasut

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.