Lelaki But Lebih Bergaya?

gty_boots_autumn_leaves_jc_140917_16x9_992

ABC News

Secara ringkas, but paling awal telah dihasilkan oleh Warner J C Gardner pada 1866. Kasut itu dipanggil Oregon Boots atau pembunuh lelaki (man-killer) dengan berat antara lima hingga 28 paun. Ia dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka daripada melarikan diri.

Lelaki yang memakai but dikatakan lelaki yang pandai bergaya dan mengikut peredaran zaman. Lelaki seperti inilah yang sering menjadi tarikan sekeliling lebih-lebih lagi wanita. Maklum sajalah, rata-rata lelaki hari ini gemar memakai but walaupun sekadar bersiar-siar. Ber-but tidak salah asalkan tidak menjadi bahan ketawa kerana tidak padan dengan imej.

Terdapat pelbagai jenis but di pasaran namun tidak semua sesuai dengan gaya anda. Jika anda seorang remaja, but paras buku lali lebih menarik untuk digayakan dan membantu menampakkan anda lebih santai dan bertenaga.Oh ya! Jangan lupa lipatkan sedikit bahagian pada kaki. Lebih senteng, lebih IN!

street-style-men-boots-1

Fashion Tag Blog

But paling laris di pasaran iaitu but tinggi seperti yang sering digayakan oleh selebriti seperti Joe Flizzow dan Wak Doyok lebih sesuai digayakan dengan seluar panjang ketat atau skinny jeans. Semestinya seluar harus dimasukkan ke dalam but untuk lebih kemas dan moden.

Dari segi pemilihan pakaian yang sesuai dengan pemakaian but pula, pilihlah baju T vintaj, kemeja yang disertakan suspender dan jaket kulit. Jika anda benar-benar peminat fesyen, anda perlu yakin dan berani. Apa yang penting, keselesaan bergaya dan sedap dipandang. Jika anda peminat but, sila angkat but anda! Eheh!

ads-beard-oil-with-azrel

TRIVIA

  • But pertama kali digunakan ketika cuaca sejuk, ketika mendaki gunung dan menunggang kuda.
  • But Dr. Martens direka oleh seorang doktor German bernama Klau Maertens ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
  • Pada zaman dahulu, but hanya sesuai untuk orang muda yang agresif.
  • But biasanya direka kalis minyak, petrol asid dan alkali.
  • Kini, terdapat pelbagai jenis warna dan corak terhasil pada but.

Anda juga boleh berikan komen di ruangan di bawah bagi sebarang perkongsian.

Sumber: Maskulin

BACA: Kasut Bukan Sekadar Alas Kaki, Ikuti Tips Berkenaan Kasut

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *