Lelaki Ini Sanggup Belanja RM100 Ribu Untuk Dapatkan Wajah David Beckham!

Lelaki Ini Sanggup Belanja RM100 Ribu Untuk Dapatkan Wajah David Beckham!

Seorang lelaki berusia 19 tahun berasal dari United Kingdom, sanggup melakukan pembedahan yang menelan belanja sebanyak £20,000 (RM107,221) untuk kelihatan seperti bintang bola sepak terkenal David Beckham.

Lelaki tersebut, Jack Johnson membelanjakan wang itu untuk melakukan pembedahan pada pipi, dagu, kening, bibir, gigi dan suntikan lain untuk mendapatkan wajah Beckham.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut tidak bekerja dan kini dibebani hutang dek kerana kerja gila tersebut.

Lelaki Ini Sanggup Belanja RM100 Ribu Untuk Dapatkan Wajah David Beckham!

Dianggarkan, dia memerlukan lagi kos pembedahan sebanyak £30,000 (RM160,000)untuk mencapai matlamat miliki wajah Beckham.

ads-facial-bar

“Jelas sekali, saya tahu saya tidak kelihatan seperti dia,” kata Johnson. “Saya tidak bodoh tetapi saya tahu masih jauh lagi perjalanan untuk miliki wajah seperti dia.”

Tambahnya lagi, buat masa ini dia akan membuat tatu di leher sama seperti bintang bola sepak terkenal itu.

BACA: 5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *