Lelaki Ini Diminta Berhenti Spray Nyamuk Ubati Pesakit

desktop-1479923808

Pelbagai cara dilakukan kononnya dapat menyembuhkan penyakit kritikal seperti HIV dan seangkatan dengannya.

Namun apa yang terjadi di Afrika amat mengejutkan ramai kerana pengamal perubatan di sana menggunakan spray nyamuk sebagai bahan ubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kritikal.

Perkara itu dilakukan oleh Lethebo Rabalago yang mengatakan dengan menyembur spray nyamuk boleh mengubati penyakit kanser dan HIV.

desktop-1479923805

Lelaki yang menggelarkan dirinya nabi telah menyembur ke mata pesakit yang dikatakan akan mengubati penyakit yang mereka hadapi.

desktop-1479923808

Dia turut menyembur ke muka seorang perempuan dan memberitahu kepada BBC yang “dia tidak mengalami apa-apa masalah dan dia dalam keadaan baik kerana perempuan itu percaya dengan keajaiban tuhan”

ads-beard-oil-with-azrel

desktop-1479921306

Tiger Brand, syarikat yang mengeluarkan ubat spray serangga itu meminta agar Lethebo Rabalago menghentikan kegiatan yang merepek itu kerana spray itu ternyata tidak selamat dispray di muka mana-mana pesakitnya.

desktop-1479921309

Apabila dia diminta untuk memberhentikan kegiatan tidak munasabahnya itu, dia membalas dengan memberitahu mereka tiada hak untuk mempersoalkan kegiatannya menyembur ubat serangga ke muka manusia.

Dia juga diminta untuk memberhentikan kegiatan tersebut sebelum mengundang pelbagai masalah lain yang timbul akibat perbuatannya itu.

Heh. Macam-macam, komen di bawah!

Sumber: Viralnova

BACA: DBKL Tuntut RM 27,373 Daripada Bersih

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *