Lelaki Hidup Bersama Buaya Selama 34 Tahun

Lelaki Hidup Bersama Buaya Selama 34 Tahun

Tokyo – Ketika orang lain sibuk membela anjing, kucing ada seorang lelaki yang tinggal di Tokyo memilih untuk membela haiwa reptilia, buaya sebagai haiwan peliharaan.

ads-gent-grooming

Lelaki tersebut, Nobumitsu Murayabashi, 65, membeli aligator itu pada 34 tahun lepas dan kini berat haiwan pemangsa itu sudah mencecah 46 kilogram dan 1.8 meter panjang.

Lelaki tersebut seringkali dilihat membawa buaya peliharaannya bersiar-siar di bandar Kube dan Hiroshima.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki tersebut membenarkan haiwan tersebut hidup bebas bersama dia dan isterinya di dalam rumah.

Lelaki Hidup Bersama Buaya Selama 34 Tahun

Lelaki Hidup Bersama Buaya Selama 34 Tahun

Murayabashi membeli reptilia tersebut di sebuah festival haiwan eksotik 34 tahun lepas dan mendapat kebenaran dari pihak majlis perbandaran untuk membela haiwan itu yang dikenali sebagai Caiman.

“Sudah 34 tahun saya membela haiwan ini dan sehingga sekarang saya masih membersihkan giginya.”

Bagaimanapun isteri Murayabashi tidak menyukai tabiat suaminya itu.

“Setiap kali isteri saya melihat saya meluangkan masa bersama buaya, dia akan naik menyampah kerana tidak suka dengan perangai saya yang seringkali meluangkan masa bersama buaya.”

Lelaki Hidup Bersama Buaya Selama 34 Tahun

Selain itu, Murayabashi turut mengakui menjaga haiwan peliharaannya itu sedikit leceh.

Dia terpaksa menukar pintu gelangsarnya sekali setahun kerana dirosakkan oleh haiwan Caiman.

Pakar menganggarkan jangka hayat aligator adalah antara 50-70 tahun. Jadi Murayabashi berharap dia dapat hidup lagi 30 tahun supaya dapat menjaga haiwan kesayangannya itu.

Sumber: Siakap Keli

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.