Lelaki Dijangka Tidak Hidup Lama Sambut Krismas Awal

emb-pay-jd_dad_xmas_pancreatic_cancer8jpg

Mirror

Sussex, Britain – Seorang bapa yang dijangka tidak dapat hidup lama meraikan perayaan krismas lebih awal baru-baru ini agar anak lelaki kesayangannya mempunyai memori gembira untuk mengingatinya apabila mati kelak.

emb-pay-jd_dad_xmas_pancreatic_cancer51jpg

Mirror

Jay Clark, 41, disahkan menghidap penyakit pankreas dua minggu sebelum anaknya, Maxie yang kini berusia 10 bulan dilahirkan pada Januari lalu.

ads-facial-bar

Clark mengalami sakit pada perut, kulitnya bertukar bewarna kuning kerana kanser yang dihidapinya menekan salur hempedunya. Pakar bedah juga mendapati tumor itu tidak boleh dibedah kerana tumbuh pada saluran arteri.

Susulan itu, dia bimbang tidak berpeluang untuk meraikan perayaan itu bersama Maxie pada 25 Disember ini.

emb-pay-jd_dad_xmas_pancreatic_cancer16jpg

Mirror

Berikutan itu, Clark dan teman wanitanya, Caroline Donoghue meraikan krismas lebih awal lengkap dengan kehadiran santa Claus dan salji di rumah mereka di Pevensey, East Sussex serta merakamkan gambar kenangan bersama Maxie.

“Tiada kata-kata untuk menggambarkan betapa terharu dan terima kasih kami,” kata Clark.

Sumber: Kosmo

BACA: Perkahwinan Di India Bernilai RM 323 Juta, Perkahwinan Paling Mahal

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.