Lelaki Berusia 60 Tahun Mula Terkenal Selepas Membela Jambang

Seorang pencen telah membuktikan ianya tidak terlalu lambat untuk mencapai cita-cita yang telah sekian lama dipendam untuk menjadi seorang model yang akhirnya menjadi kenyataan setelah dia berkongsi gambar terbaharu di laman sesawang.

Philip Dumas, 60, yang tinggal di Paris telah berjaya menjadi model pada 7 bulan lalu apabila memuat naik gambar dia beraksi di hadapan kamera di Imgur.

Menyaksikan koleksi gambar beliau di dalam pelbagai bentuk gaya dengan menunjukkan jambang telah membuatkan golongan millenial hipster cemburu, gambar tersebut mendapat tontonan lebih kurang 360,000 penonton.

Di dalam gambar beliau menulis “Bersara tetapi tidak berdiam diri, memberikan pergerakan terakhir dalam angan-angan lampau menjadi seorang model, adakah ada dalam diri saya?”

Philippe tidak mempunyai idea respon apa yang bakal diterima kelak.

berikutan dengan post yang dilakukan lelaki berbangsa Perancis itu telah menyelamatkan beberapa kempen berjenama besar termasuk penggambaran untuk Getty and Joop! Homme.

Sebelum kariernya sebagai model menjadi realiti, dia telah menghabiskan selama 20 tahun sebagai seorangp pengurus lokasi untuk filem sebelum menyambung 10 tahun kemudian dalam bidang pengiklanan.

Sumber: Mail Online

BACA: Senarai Datuk Paling Kacak di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *