Legend Of The Blue Sea Bakal Menutup Tirai 25 Januari 2017

Sumber gambar: program.sbs.co.kr

Drama popular Korea, Legend Of The Blue Sea akhirnya bakal melabuhkan tirainya pada 25 Januari 2017 pada pukul 10 malam di siaran SBS. Episod akhir drama ini pastinya bakal menjadi tumpuan peminat K-Drama sedunia selepas Episod 19 drama ini berakhir dengan banyak persoalan nasib bagi watak utama.

Sumber gambar: indowarta.com

Sinopsis dari Episod 19 memaparkan keupayaan lakonan Lee Ji-Hoon sebagai Chi-Hyun yang memegang wataknya dengan baik pada babak pertama Episod 19. Dibelenggu oleh rasa bersalah dan penyesalan selepas menembak Shim Chung ( Jun Ji Hyun ) yang tidak bersalah, pemuda ini akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan meminum racun yang dibuat ibunya sendiri. Adegannya telah diiringi dengan sempurna oleh detik-detik sedih ibunya, Kang Ji Hyun yang melakonkan watak sebagai antagonis, setelah mendengar nasib anaknya.

Dengan peneutralan sepenuhnya watak jahat dalam drama ini, seluruh plot Episod 19 menjadi lebih ringan dan menyenangkan. Episod ini akhirnya membuat kesimpulan dengan beberapa detik-detik manis antara dua watak utamanya, Hoe Joon Jae ( Lee Min Ho) dan Shim Chung. Banyak adegan emosi gemuruh telah dipaparkan dalam keseluruhan Episod 19. Walaupun pengakhirannya memuaskan, bagaimanapun saat-saat akhir episod ini telah diwarnai dengan signifikan yang murung.

Sumber gambar: indowarta.com

Dengan ini banyak peminat mula membuat spekulasi bahawa walaupun kebanyakan konflik drama ini telah diselesaikan, drama The Legend of the Sea Blue ini akan tetap berakhir dengan tragis sedih yang tidak bernoktah. Apapun peminat masih mengharapkan akan twist dalam drama ini dan cabaran yang berlainan kepada watak dalam Episod 20 nanti. Komen di bawah!

BACA: Bakal Melakukan Jelajah Sempena Episod Akhir, Running Man Pilih Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *