Latihan Post – Workout Selepas Senaman

Rutin harian tidak berakhir kala ‘rep’ yang terakhir. ‘ To reaps as many rewards as possible from each training session’. Rutin post-  workout adalah perkara yang perlu dilakukan supaya dapat memulih dan impak latihan yang dilakukan secara maksima.

Roll – Lakukan teknik SMR ( self-myofascial release) dengan menggunakan ‘foam roller’ mampu membantu meningkatkan feleksibiliti kepada otot.

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

www.pinterest.com

ads-facial-bar

Cool Down – Sediakan diri anda untuk ‘cold down’ selepas repitasi terakhir. Hal ini penting untuk membantu peredaran darah berlaku dengan lebih sempurna selepas aktiviti berat ini dilakukan. Fokus kepada ‘cool down’ terhadap bahagian tubuh yang diberikan latihan.

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

cardioandstretching.com

Regangan – Regangan adalah tidak disarankan untuk individu yang punya daya fleksibiliti pada tubuh. Namun, ia perlu dilakukan apabila menjalani latihan seperti ‘body building’ dan ‘heavy strenght training’ kerana dapat membuatkan sistem tubuh lebih relaks dan memperbaiki sel-sel otot.

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

ubatpensil.blogspot.com

Rehidrasi – Ketika melakukan latihan, badan akan mengeluarkan peluh agar tubuh lebih sejuk. Namun, aliran air yang keluar daripada tubuh jika tidak distabilkan semula akan menyebabkan dehidrasi. Oleh yang demikian, pastikan anda mengambil air kosong dengan kadar yang seimbang agar tubuh anda cukup dengan kandungan air yang diperlukan.

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

www.fisiologiumum.com

Protein – Pengambilan protein sejam selepas aktiviti ‘workout’ adalah penting untuk memulakan sesi pemulihan otot yang tercedera ketika workout. Hal ini penting supaya anda boleh melakukan rutin latihan seperti biasa pada keesokannya tanpa menderita kesakitan.

ads-body-soap

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

www.girlsgonestrong.com

Pakaian ketat – Pakai pakaian yang ketat pada tubuh anda dalam masa tiga jam selepas ‘workout’ dipercayai nyata membantu mendapatkan lebih darah yang beroksigen di dalam otot anda selain daripada dapat mengurangkan ‘toxic’ di dalam otot tubuh.

Latihan Post - Workout Selepas Senaman

www.esquire.com

Kongsikan kepada kami jika anda ada sebarang rutin unik yang dilakukan selepas melakukan senaman, anda boleh komen di bawah.

BACA: Ada Sebab Kenapa Anda Patut Berhenti Gunakan Span Badan Ni

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *