Latihan Menyepak Ombak Pasti Mengingatkan Anda Pada 4 Komik Sukan Dari Jepun Ini

Jika bercakap tentang komik-komik Jepun, pastinya kita lebih sinonim dengan komik-komik seperti ‘Dragon Ball’ dan juga ‘Naruto’. Dua komik ini telah memiliki populariti yang sangat tinggi yang bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah seantero dunia turut mengenalinya.

Namun begitu, terdapat komik-komik lain yang sebenarnya turut terkenal sama seperti ‘Dragon Ball’ dan juga ‘Naruto’. Mungkin ia tidaklah sehebat dua komik ini, tetapi ia tetap mempunyai pengikut-pengikutnya tersendiri.

Malah, apa yang menarik ialah, komik-komik yang bakal kami kongsikan nanti menggunakan sukan sebagai kekuatan untuk menarik perhatian para pembaca. Antara sukan-sukan yang terlibat ialah bola sepak, bola keranjang, tenis dan juga American Football.

Oleh sebab itulah, kami sudah senaraikan di sini 4 komik sukan dari Jepun yang sememangnya cukup popular di Malaysia dari dulu sehingga kini. Jom kita lihat keempat-empat komik ini.

komik jepun

Kredit foto: Captain Tsubasa Wiki

Captain Tsubasa

Komik ‘Captain Tsubasa’ ini dilukis oleh Yoichi Takahashi pada tahun 1981. Komik ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Tsubasa Oozora yang sangat meminati sukan bola sepak dan mempunyai impian untuk membawa Piala Dunia pulang ke Jepun suatu masa nanti.

Komik ‘Captain Tsubasa’ turut dikenali sebagai ‘Kickers’ di Malaysia. Selain itu, komik ini turut mempunyai beberapa siri seperti ‘Captain Tsubasa: World Youth’ dan ‘Captain Tsubasa: Road To 2002’.

Kredit foto: blog.honeyfeed.fm

Kredit foto: blog.honeyfeed.fm

Slam Dunk

‘Suramu Danku’ atau lebih dikenali sebagai ‘Slam Dunk’ adalah komik ciptaan Takehiko Inoue yang mula disiarkan pada tahun 1990. Pada tahun 2012, komik ini mencatatkan jualan 120 juta naskhah di Jepun sahaja dan seterusnya direkodkan sebagai best selling manga dalam sejarah manga Jepun.

‘Slam Dunk’ mengisahkan tentang Hanamichi Sakuragi, seorang gengster sekolah yang cuba merapati seorang gadis bernama Haruko Akagi dengan menyertai pasukan bola keranjang sekolahnya dengan harapan Haruko akan jatuh cinta kepadanya. Namun begitu, selepas beberapa ketika berada dalam pasukan bola keranjang, Sakuragi mula jatuh cinta dengan sukan bola keranjang.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Rekuru

Kredit foto: Rekuru

Prince of Tennis

Takeshi Konomi telah melukis komik ‘Prince of Tennis’ dan ia mula disiarkan pada tahun 1999. Komik ini telah terjual sebanyak 40 juta naskhah di Jepun sahaja.

Komik ini mengisahkan tentang seorang pemain tenis yang hebat iaitu Ryoma Echizen yang telah memasuki Seishun Academy di mana akademi ini terkenal dengan pasukan tenisnya yang sangat hebat. Walapun baru sahaja berada di Seishun, Ryoma telah mengalahkan pemain-pemain hebat di Seishun. Sepanjang berada di Seishun, Ryoma semakin memahami kepentingan tenis dalam kehidupannya.

Kredit foto: Zerochan

Kredit foto: Zerochan

Eyeshield 21

Komik ini telah dihasilkan oleh dua orang di mana pelukisnya ialah Yusuke Murata manakala penulisnya pula ialah Riichiro Inagaki. Komik ini telah disiarkan di dalam Shueisha Weekly Shonen Jump bermula dari Julai 2002 sehingga Jun 2009. Di Malaysia, komik ini boleh dibaca dalam majalah KREKO.

Komik ‘Eyeshield 21’ ini menggunakan sukan American Football sebagai teras jalan ceritanya. Ia mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Sena Kobayakawa yang mempunyai fizikal yang kecil dan lemah tetapi mempunyai potensi yang besar dalam sukan American Football. Bakatnya telah dikenalpasti oleh kapten American Football Deimon Private Senior High School iaitu Yoichi Himura yang seterusnya telah melatih Sena menjadi running back terpantas.

Komik-komik yang dihasilkan ini sedikit sebanyak telah membantu menjadi inspirasi kepada rakyat Jepun sendiri untuk berjaya dalam bidang sukan. Sebab tu lah kita dapat lihat, banyak atlet Jepun sudahpun mengorak langkah mencipta kejayaan di negara luar. Ia sedikit sebanyak telah dibantu dengan penghasilan komik-komik seperti ini.

Agak-agaknya, pasukan bola sepak Malaysia dapat jadi lebih baik tak jika ada komik seperti ‘Captain Tsubasa’?

Baca lagi: 7 Fakta Menarik Tentang Istana Takeshi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.