Latihan Ini Boleh Membantu Menjaga Kesihatan Tulang Lelaki

Ada perkhabaran baik bagi lelaki yang gemar pergi ke gimnasium dan melakukan latihan menahan beban, serta pelbagai jenis senaman melompat. Menurut penelitian baru, hal ini boleh membantu menjaga kesihatan tulang anda.

Dalam satu tahun latihan yang disasarkan, boleh membantu untuk menurunkan sklerostin berbahaya, di mana protein yang dibuat di dalam tulang dan meningkatkan IGF-1, hormon yang berhubungan dengan pertumbuhan tulang.

Gambar hiasan: Very Well

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Bone, semua hal ini, boleh seterusnya meningkatkan pembentukan tulang dengan meningkatkan kepadatannya.

“Begitu banyak orang yang aktif secara fizikal, mereka tahu betapa pentingnya latihan untuk mencegah obesiti, penyakit jantung atau diabetes.

Gambar hiasan: Men’s Fitness

Dalam sebuah kajian, lelaki berusia 25-60 tahun yang memiliki jisim tulang yang rendah dipisahkan menjadi dua kelompok. Satu kelompok akan melakukan latihan ketahanan seperti menekuk lutut dan squats menggunakan beban bebas.

Kelompok lain melakukan pelbagai jenis lompatan, seperti single-leg dan double-leg. Setelah 12 bulan melakukan latihan, Hinton kemudian membandingkan kadar protein tulang dan hormon dalam darah mereka.

Gambar hiasan: Daily Mail

“Kami melihat, penurunan kadar sklerostin di kedua intervensi latihan ini pada lelaki. Ketika sklerostin dihasilkan pada kadar yang tinggi, ini memiliki kesan yang negatif pada pembentukan tulang. Dalam latihan kedua, kadar sklerostin di tulang menurun, yang menjana pembentukan tulang,” jelas Hinton.

Perubahan jelas yang lain berjaya diamati oleh Hinton adalah peningkatan hormon IGF-1. Tidak seperti sklerostin, IGF-1 boleh membantu menjana pertumbuhan tulang.

Baca lagi: Ini Yang Dilihat Lelaki Saat Bercinta, Tapi Tak Diungkapkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *