Langkah Untuk Menjaga Kebersihan Diri Ketika Dilanda Ketiadaan Air

Sememangnya kita tidak boleh lari dari menghadapi krisis ketiadaan air – jika bukan sehari kadangkala sampai seminggu. Ada yang sampai selamba pergi kerja tanpa mandi dan buat tak tahu sahaja walaupun orang sebelah dah mula tutup hidung.

Janganlah macam tu beb, air muka kena jaga juga lebih-lebih lagi jika dekat pejabat anda itu terdapat wanita yang bekerja dengan anda – nanti pengsan pula si dia kan.

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh praktikkan untuk menjaga kebersihan diri terutamanya sewaktu ketiadaan air.

Gambar hiasan: Cosmo

Memanfaatkan Deodoran dan Pewangi

Ketika ini, kaum lelaki amat memerlukan kedua-dua perkara ini untuk sentiasa berbau wangi dan segar. Mandi pun ala kadar sahaja kan jadi apa salahnya  kalau wangikan diri dengan pewangi.

Disebabkan bahagian ketiak seorang lelaki selalu berpeluh dan dipenuhi dengan bakteria maka penggunaan deodoran adalah wajib untuk anda melindungi badan anda dari berbau peluh ketika melakukan sebarang aktiviti.

Gambar hiasan: Cosmo

Penjagaan Gigi Yang Ringkas

Anda pernah menggunakan Listerine? Jika tidak maka inilah masa untuk anda menggunakannya kerana ia tidak memerlukan air untuk dibilas dan ia juga boleh menjimatkan masa anda berdandan.

Gosok gigi jangan pula ditinggalkan, tapi tidak perlulah anda menggosok seperti biasa. Cukup dengan menguruskan bahagian geraham dan hadapan gigi dengan berusan yang ringkas sahaja.

Gambar hiasan: Cosmo

Penjagaan Rambut Sempurna

Cukuplah jika anda dapat membasuh rambut dengan sekali bilas tanpa menggunakan syampu. Kerana dengan syampu anda perlukan banyak air untuk membilasnya.

Mamfaatkan krim rambut ataupun mousse untuk menggayakan rambut anda kerana ia berbau wangi dan dapat melindungi rambut anda dari kusut dan berbau tak menyenangkan.

Gambar hiasan: Cosmo

Ganti Pakaian Selalu Dan Keringkan

Ketika musim ketiadaan air ini, pastikan anda kerap menjemur pakaian anda untuk menghilangkan bau dan bakteria. Manfaatkan penggunaan Febreeze untuk pakaian anda ketika ini.

Anda juga perlu selalu mengganti pakaian kerana setelah anda berpeluh, ia akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan kepada orang di sekiling anda.

Baca lagi: Apa Pula Rahsia Yang Ada Pada Dada Seorang Lelaki?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.