(Bola Sepak) 2 Lagi Pemain Harimau Malaysia Umumkan Persaraan

Di saat kita masih lagi terkejut dengan pengumuman persaraan kapten Harimau Malaysia, Safiq Rahim dan rakannya, Aidil Zafuan, kini giliran dua pemain dari kelab Johor Darul Takzim turut menuruti langkah Safiq dan Aidil.

Entah apa yang sedang melanda kancah bola sepak Malaysia, tiba-tiba Amirul Hadi Zainal dan juga S. Kunanlan telah mengumumkan untuk bersara daripada mewakili skuad bola sepak kebangsaan. Pengumuman ini telah dibuat dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Amirul Hadi Zainal (Sumber gambar: www.orangmuda.tv)

Amirul Hadi Zainal yang sudah mewakili skuad Harimau Malaysia bermula pada tahun 2007 hingga kini telah melakukan 61 kali penampilan dan telah menjaringkan 15 gol di peringkat antarabangsa.

Melalui pengumuman Amirul Hadi di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong dan semua pihak yang terlibat, terutama sekali, Datuk Ong Kim Swee kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi dalam skuad Harimau Malaya.

Kunanlan, 29 tahun, yang sama-sama mengikuti langkah Amirul Hadi turut sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong dan pihak yang terlibat. Perlawanan menentang Fiji pada Jelajah Oceania yang lepas adalah aksi terakhir S. Kunanlan bersama skuad kebangsaan.

S. Kunanlan (Sumber gambar: www.espnfc.com)

Kunanlan telah membuat yang sebelum ini bermain di Negeri Sembilan, kemudian berpindah ke Selangor dan kini bermain di Johor Darul Takzim telah melakukan 89 penampilan bersama Harimau Malaysia sejak tahun 2008 lagi.

Kedua-dua pemain ini telah memberikan alasan yang sama di mana mereka mahu bersara kerana ingin memberi peluang kepada pemain-pemain muda yang lain untuk beraksi sebagai pemain Harimau Malaysia.

Adakah selepas ini ada lagi pemain-pemain dari kelab Johor Darul Takzim mahu mengikut jejak Safiq, Aidil, Amirul Hadi dan juga S. Kunanlan? Dalam situasi begini, penulis berpendapat pasti ada pemain lain yang akan mengorak langkah sama seperti mereka berempat.

Walaubagaimanapun, penulis tetap mendoakan agar keempat-empat pemain ini akan terus beraksi cemerlang bersama kelab JDT dan dalam pada yang sama turut mendoakan agar skuad Harimau Malaysia akan bertambah baik walaupun kehilangan pemain-pemain yang bertaraf bintang ini.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *