5 Kesalahan Mengetip Kuku Yang Dilakukan Kaum Lelaki

Sememangnya diakui bahawa wanita adalah lebih prihatin berbanding lelaki dalam bab penjagaan diri. Wanita sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan bersih, kemas dan cantik. Tetapi, kaum lelaki agak kurang dalam perkara ini.

Kaum lelaki kebanyakannya adalah jenis yang simple. Tidak kisahlah sama ada dari segi pemakaian ataupun penjagaan diri. Asalkan selesa dan mudah sudah memadai bagi kaum adam ini.

Namun begitu, perkara ini perlu juga dibendung agar kaum wanita ini tidak melihat kaum lelaki ini adalah kaum pengotor. Mahu atau tidak, sesuatu harus dilakukan. Jadi, untuk kali ini, kami di Mensive mahu fokuskan kepada bab penjagaan kuku tangan kaki.

Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!

Kami percaya ramai antara anda pandai mengetip kuku, dan kami juga percaya ramai antara anda yang sebenarnya mengetip kuku secara salah. Jadi di sini kami nak kongsikan 5 kesalahan yang sering dilakukan oleh para lelaki semasa mengetip kuku.

Sumber gambar: webmd.boots.com

1. Kaki ke tangan ke, sama saja

Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.

Sumber gambar: time.com

2. Cara Mengetip Yang Salah

Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.

Sumber gambar: youtube.com

3. Mengetip sewaktu kuku keras

Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.

Sumber gambar: clyppi.com

4. Berkongsi pengetip kuku

Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.

Sumber gambar: quickanddirtytips.com

5. Menggigit Kuku

Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.

Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *