KitKat Sushi Produk Terbaru Nestle

Kredit : Fortune Dot Com

Nestle terkenal dengan keluaran produknya yang pelbagai dan boleh didapati hampir ke seluruh dunia. Terbaru, Nestle telah mengeluarkan produk yang diberi nama KitKat Sushi.

KitKat Sushi yang dikeluarkan di Tokyo ini telah menarik perhatian ramai. Keluaran ini istimewa dan hanya terhad untuk masa-masa tertentu sahaja.

KitKat Sushi boleh didapati dalam tiga jenis berbeza.

Pertama ialah KitKat Tuna Sushi yang menyerupai rasa Raspberry. KitKat kedua dikenali sebagai KitKat Omelet, yang mana kepingan rumpai laut yang menyelaputi KitKat ini menyamai rasa puding labu. Dan yang ketiga ialah Sea Urchin Sushi yang diperbuat dari tembikai Hokkaido dengan campuran ‘mascarpone cheese KitKat’.

Ketiga-tiganya disertakan dengan nasi yang sememangnya seakan sushi bersama coklat putih dan sedikit perasa wasabi.

Kredit : Local TV Wifi

Ini adalah kali pertama Nestle mengeluarkan produk yang diinspirasikan oleh sushi. Peminat sushi rata-rata berminat untuk mencuba produk terbaru keluaran Nestle ini. Anda pula bagaimana?

Baca lagi : Keluaran Model Terbaru Telefon Pintar Android 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *