Kisah hidup Chong Wei kini jadi filem

Kisah hidup Chong Wei kini jadi filem

Singapore Buzz Blog 7

Kisah perjalanan hidup pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn Bhd itu akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

ads-pomade_updated

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng.

Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

“Selama 3 tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, semalam.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Datuk Lee Chong Wei ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia…bukan saja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia,” katanya.

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau perkongsian  boleh komen di bawah.

BACA: Oh! Inilah Sebab Kapal Terbang Warna Putih

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *