Kisah Di Sebalik Filem ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ Yang Anda Patut Tahu

Filem ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ yang bakal ditayangkan pada 17 November ini dikatakan sebuah filem prequel kepada filem ‘Harry Potter’ yang telah ditayangkan sebelum ini. Ye, kita boleh jangkakan aksi-aksi magik yang akan berlaku dalam filem ini sama seperti dalam 8 filem ‘Harry Potter’ yang sudah ditayangkan. Namun begitu, bagaimana filem ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ ini boleh terhasil dan siapakah penciptanya?

Pencipta Harry Potter

Sebelum dijadikan filem, cerita ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ ini sebenarnya adalah sebuah karya yang ditulis oleh pencipta ‘Harry Potter’ iaitu J.K Rowling. Beliau telah menulis karya ini pada tahun 2001 tetapi tidak menggunakan nama sendiri. J.K Rowling telah menggunakan nama Newt Scamander untuk menulis cerita ini.

filem

Kredit foto: says.com

Karya ini sebenarnya mengisahkan tentang buku teks milik Harry Potter di mana di dalam buku ini ada catatan yang ditulis oleh Harry Potter, Ron Weasley dan juga Hermione Granger. Mereka bertiga mencatatkan pengalaman yang telah dilalui tentang raksasa-raksasa yang ditemui sepanjang pengembaraan mereka.

Pada tahun 2001, semasa J.K Rowling ditemuramah oleh pihak Scholastic, Rowling menyatakan bahawa beliau memilih untuk menceritakan tentang raksasa-raksasa ajaib di dalam karya ini kerana beliau sudah membangunkan banyak info tentang raksasa-raksasa ini di dalam karya-karyanya sebelum ini.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Sugarscape

Kredit foto: Sugarscape

Karya ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ ini juga sebenarnya dihasilkan dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak miskin di seluruh dunia. Dikatakan, 80% daripada harga buku ini akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan. Karya ini berjaya membuat jualan sebanyak 17 juta US Dolar dan 13.6 juta US Dolar telah diserahkan kepada badan-badan kebajikan.

Pada 12 September 2013, J.K Rowling telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Warner Bros di mana Warner Bros akan menghasilkan filem yang diinspirasikan daripada karya ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ ini. Dalam filem ini, Rowling sendiri akan menjadi screenwriter.

Filem ini akan menampilkan Newt Scamander sebagai watak utama dan New York akan menjadi lokasi utama filem ini. Filem ini juga akan menunjukkan masa 70 tahun sebelum kisah Harry Potter bermula.

ads-pomade_updated

Siapa Newt Scamander?

Ok, jika diikutkan, Newt Scamander ini sebenarnya adalah nama pena J.K Rowling untuk menulis karya ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’. Tetapi, Rowling telah membuat sedikit kisah tentang nama pena-nya ini.

Menurut di bahagian ‘About the Author’ dalam karya ini, Newt Scamander atau nama penuhnya Newton Artemis Fido Scamander dilahirkan pada tahun 1897 dan merupakan seorang magiczoologist. Newt memilih bidang ini kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap raksasa-raksasa ajaib ini terutama sekali Hippogriff.

Kredit foto: lytherus.com

Kredit foto: lytherus.com

Newt adalah bekas pelajar Hogwarts. Beliau telah dipilih untuk memasuk rumah Hufflepuff. Selepas tamat belajar di Hogwarts, Newt menyertai ‘Ministry of Magic’ dan ditempatkan di ‘Department of the Regulation and Control of Magic Creatures’.

Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh Newt ialah bertugas di ‘Office of House-elf Relocation’, ditukarkan ke ‘Beast Division’, menghasilkan ‘Werewolf Register’ pada tahun 1947, menyediakan akta pada tahun 1965 untuk mengharamkan ‘Experimental Breeding’ dan banyak lagi. Memandangkan beliau banyak menyumbang dalam bidang magiczoologist, beliau dianugerahkan ‘Order of Merlin’, kelas kedua pada tahun 1979.

Kredit foto: DNA

Kredit foto: DNA

Selepas bersara, Newt tinggal di Dorset bersama-sama dengan isterinya Porpentina dan binatang peliharan mereka, ‘Kneazels’. Newt mempunyai seorang cucu bernama Rolf yang berkahwin dengan Luna Lovegood (karakter ini muncul dalam 3 novel terakhir Harry Potter) selepas berlakunya insiden ‘Harry Potter and the Deathly Hallows’.

Berbeza Tapi Menarik

Jadi, itulah dia sedikit sebanyak tentang kisah di sebalik filem ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ ini. Jika karya asalnya hanyalah mengisahkan catatan daripada Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger tentang raksasa-raksasa ajaib yang pernah mereka temui, tetapi filemnya pula mengisahkan tentang bagaimana raksasa-raksasa ajaib milik Newt Scamander telah terlepas dari kawalannya dan mengganggu dunia manusia biasa.

Walaupun berbeza, kami yakin, andainya filem ini mampu memberi keseronokan yang maksima, ia pasti boleh menghiburkan ramai penonton dan terutama sekali peminat-peminat Harry Potter walaupun Harry Potter tidak ada dalam filem ini.

Jadi, jangan lupa untuk tonton filem ‘Fantastic Beasts: Where to find them?’ yang akan mula ditayangkan mulai 17 November ini.

Sumber: Wikipedia

Baca lagi: 10 Fakta Menarik Yang Anda Patut Tahu Tentang Doctor Strange

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *