Kimchi Elok Untuk Turun Berat Badan

Bagi anda yang kurang tahu Kimchi merupakan sejenis makanan yang berasal dari Korea yang mana kini semakin mendapat tempat di hati penduduk di Malaysia. Mungkin kerana penangan drama Korea yang seperti cendawan tumbuh? Heh.

Kimchi Elok Untuk Turun Berat Badan

Visit SURA Korean Cuisine

Bagi membuat Kimchi bahan yang perlu anda ada ialah kubis nipis, garam, cuka dan bawang putih. Setelah semua bahan itu dicampurkan, ianya akan diperam menjadi jeruk atau acar.

Kimchi merupakan makanan segera masyarakat Korea yang enak dimakan bersama nasi panas dan juga ramen (Mee segera).

Ramai juga di kalangan masyarakat kita yang mengemari kimchi ini tanpa mengetahui khasiat di sebalik makanan kegemaran masyarakat Korea ini.

ads-beard-oil-with-azrel

Antara kebaikan Kimchi adalah seperti berikut:

#1. Mengandungi Probiotik (Bakteria baik dalam badan)

Kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria yang baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

 

#2. Melambatkan Penuaan

Kimchi yang diperam selama dua minggu mengandungi antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Selain itu, kimchi juga membantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan pada wajah. Tidak hairanlah orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan lebih muda dari usianya.

#3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Pada siapa yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba makan Kimchi. Kimchi yang memiliki bakteria baik, elok untuk mengurangkan rasa keinginan makan dengan mengurangi  kadar gula pada darah. Capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkatkan kadar metabolisme.

 

#4. Menghindar Kanser Perut

Kubis China dan lobak putih yang digunakan dalam pembuatan Kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.

 

#5. Menurunkan Kolestrol

Bawang putih yang terdapat dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular.

Komen di bawah jika anda pernah merasai keenakan Kimchi yang ada dijual di Malaysia!

Sumber: Eh

BACA: Saintis Buat Kajian Makan Ais Krim Waktu Pagi Jadi Lebih Bijak

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *