Khidmat Spa Jejaka Gentlemen’s Tonic

Khidmat Spa Jejaka Gentlemen's Tonic

Rangkaian kedai gunting rambut dan spa khusus untuk lelaki, Gentlemen’s Tonic kini melebarkan sayap di Malaysia dengan pembukaan outlet keduanya di Asia baru-baru ini.

Bertempat di Publika, Kuala Lumpur, Gentlemen’s Tonic merupakan pusat dandanan dan rias lelaki ala tradisional berkonsepkan urban yang diasaskan di metropolitan elit Mayfair, London, Britian pada tahun 2004.

Ia menawarkan pakej dandanan mewah serba eksklusif untuk jejaka dengan menyediakan khidmat profesional, maskulin dan ketelitian, sekali gus menaikkan imej perkhidmatan dandanan lelaki di Malaysia pada satu tahap yang baru.

ads-beard-oil

Gentlemen’s tonic turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit dan dandanan untuk jejaka.

Menurut pengarah urusan Gentlemen’s Tonic, Fiqri Hylmanshah, sebaik sahaja pelanggan menjejakkan kaki ke Gentlemen’s Tonic mereka dimanjakan dengan kemudaha bertaraf premium oleh kakitangan berdedikasi dan berkemahiran tinggi.

“Gentlemen’s tonic bukan sekadar menawarkan khidmat dandanan, kami turut menyediakan sajian minuman, bahan bacaan serta alunan muzik yang tenang sewaktu pelanggan mendapatkan perkhidmatan sambil berehat dalam suasan santai.

Khidmat Spa Jejaka Gentlemen's Tonic

5 Little Angels

Diasaskan oleh seorang jejaka berketurunan Perancis-Amerika, Olivier Bonnefoypada tahun 2004, Gentlemen’s Tonic ialah kedai gunting rambut merangkap spa urban lelaki tradisional yang unik dan telah memenangi anugerah. Sebagai sebuah premis yang eksklusif untuk jejaka sahaja, Gentlemen’s Tonic menawarkan khidmat premium untuk guntingan rambut, dandanan dan rawatan gaya hidup dan perkhidmatan terpilih.

Gentlemen’s Tonic juga mengeluarkan produk dandanan jejaka tersendiri, Babassu dan Bergamot, yang dilancarkan pada 2008, rangkaian haruman Eau de Toilettes, serta rangkaian kosmeseutikal Advanced Derma-Care pada tahun 2014.

Ini merupaka cawangan kedua di Asia selepas pembukaan pertamanya di Hong Kong pada tahun 2011.

unnamed-3

blog budak pacak

INFO:

Lokasi: D5-63-03 Publika, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur

Laman Web: www.gentlemenstonic.com

Facebook: Gentlemen’s Tonic Malaysia

Sumber: Kosmo

BACA: 70% Lelaki Berjambang Suburkan Wanita

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.