Khasiat Madu Lebah Bersama Dengan Limau, Ramai Yang Belum Tahu

Ramai yang tidak menyangka bahawa dengan mengamalkan campuran madu lebah dan jus limau boeh menyembuhkan penyakit batuk dengan segera. Selain dari menghilangkan rasa gatal-gatal pada tekak, ia juga membantu untuk mengurangkan kahak dengan tidak langsung. Khasiat madu lebah sememangnya ramai sudah tahu dan kali ini kita akan menbincangkan gabungan ini pula.

Kebetulan ramai antara rakan-rakan yang mengalami penyakit batuk yang lebih kurang sama dan ramai juga yang mengadu mereka sudah membelanjakan wang mereka untuk pelbagai jenis ubat batuk namun masih belum ada yang benar-benar mujarab .

Gambar hiasan: Lifestyle Expert

Rasanya jika anda rajin melawat kebanyakan blog yang menceritakan soal kesihatan sudah tentu anda tahu benar tentang khasiat madu lebah. Madu lebah sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan kerana itulah ia sering digunakan di dalam pelbagai rawatan perubatan tidak kira dalam suplemen mahupun ubat-ubatan.

“…Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl: 69)

Gambar hiasan: The Good Food Effect

Daripada petikan ayat di atas juga kita sudah tahu bahawa amalan meminum madu ini sudah lama digunakan semenjak zaman dahulu lagi. Kerana inilah jika anda perasan jarang sekali orang yang mendapat penyakit kencing manis hanya dengan memakan madu.

Tahukah anda gabungan madu dan limau itu berfungsi dalam melegakan kahak di dalam tekak di samping melegakan kegatalan pada paru-paru juga? Ini dikenalpasti oleh kebanyakan pakar perubatan tradisional yang menemui kebaikannya dalam merawat penyakit batuk sepanjang karier mereka.

Gambar hiasan: Benefits Of Raw Honey

Di samping itu, madu juga berfungsi untuk membina sistem ketahanan tubuh yang baik lalu ia mengurangkan risiko kita untuk dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Selain itu fungsi antioksidan juga membantu untuk menggalakkan sistem penghadaman juga.

Namun begitu cara menyimpan juga penting untuk mengekalkan kebaikan khasiat madu tersebut. Sebaiknya ia disimpan di dalam bekas kaca untuk mengekalkan rasa dan khasiat di dalamnya. Selain itu pastikan juga ianya jauh daripada pancaran terik matahari.

BACA: Minum Air Garam Boleh Menenangkan Fikiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *