Kewujudan Sukan Skateboard Di Olimpik Tokyo 2020 Dibantah

sukan skateboard di olimpik

Kredit foto: slamskateboarding.com

Baru-baru ini semasa majlis penutupan Sukan Olimpik Rio 2016, pihak International Olympic Committee telah mengumumkan bahawa sukan ekstrem skateboard akan dimasukkan ke dalam senarai sukan-sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaubagaimanapun, keputusan ini telah mendapat tentangan daripada beberapa skaters seluruh dunia malah mereka telah membuat satu petisyen di laman web untuk menentang keputusan permainan skateboard ini dipertandingkan di Jepun nanti.

Menurut kumpulan penentang ini, tujuan bantahan diadakan kerana mereka tidak mahu pihak IOC menjadikan sukan skateboard sebagai satu eksploitasi untuk menarik minat orang muda datang ke sukan olimpik dan sebagai alat pemasaran untuk mempromosikan Olimpik Tokyo 2020.

Selain itu, kumpulan ini juga membantah kewujudan sukan skateboard dalam Olimpik Tokyo 2020 kerana mereka mengatakan bahawa skateboarding bukanlah sebuah sukan yang benar-benar ‘sukan’. Skateboard adalah tentang kebebasan, bermain dengan sepenuh jiwa dan ia tentang keseronokan serta kegembiraan.

sukan skateboard di olimpik

Kredit foto: caughtinthecrossfire.com

Tetapi, apabila ia dimasukkan sebagai sukan dalam olimpik, maka ia akan menjadi serius di mana setiap orang berebut mahu mendapatkan pingat emas lalu menghilangkan segala keseronokan yang patut dirasai semasa bermain skateboard.

Kumpulan ini mensasarkan untuk mendapat 10,000 tandatangan untuk petisyen menentang kewujudan sukan skateboard di Olimpik Tokyo 2020. Anda boleh lihat petisyen ini di laman web thepetitionsite.com.

Bagaimana pula dengan pendapat anda tentang perkara ini? Jika anda adalah budak skaters, adakah anda setuju dengan kewujudan sukan skateboard di Olimpik Tokyo 2020? Tinggalkan komen anda di bawah ye.

Baca lagi: 3 Lagenda Skaters Malaysia Yang Patut Anda Kenali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.