Keterampilan Penuh Bergaya

Khas buat semua eksekutif yang pentingkan keterampilan, saya titipkan panduan yang mudah, praktikal serta segak digayakan untuk anda kelihatan lebih berwibawa.

  1. Gayakan sut liner dalam rona gelap cukup segak, lebih gaya dan mudah dipadankan. Elakkan memilih sut linen warna kuning air kerana ia agak sedikit tipikal. Jangan gusar jika sut linen anda sedikit renyuk kerana itu lebih unik dan menarik. Sememangnya, sut linen kadangkala agak kasual tetapi ia kelihata hebat apabila digayakan dengan aksesori berkonsep dressy. Lengkapkan gaya anda dengan pocket square dan jam tangan formal.
Ketrampilan Penuh Bergaya

Indochino

2. Sut dalam rona coklat cerah jadi pilihan ramai ikon korporat ternama kerana ia hampir menyamai warna tembakau. Padankan sut ini dengan kemeja rona biru lembut untuk impak maksimum. Gaya ini cukup hebat ketika anda mengadakan rundingan perniagaan.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Indochino

3. Panduan paling mudah untuk serlahkan pemakaian sut biru adalah dengan padanan aksesori dalam rona coklat mewah. Antara padanan yang paling menarik dan klasik adalah beg kulit rona coklat serta kasut rona coklat gelap.

Ketrampilan Penuh Bergaya

iTailor

4. Alternatif kepada kemeja putih polos, label ternama seperti Hugo Boss, Ralph Lauren dan Burberry mengorak langkah menghasilkan rekaan kemeja formal dalam reka corak grafik dan geometrik yang begitu unik, lengkap dengan padanan tali leher dalam reka corak yang sama. Ia dengan kemeja- T, tali leher penyu (turtelneck) atau tali leher: Gaya ini cukup segak dan kontemporari.

Ketrampilan Penuh Bergaya

5.  Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi. Pemilihan warna untuk sut bisnes lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Indochino

ads-hair-tonic

6. Pilihlah blazer atau jaket yang menggunakan fabrik nipis dan ringan seperti kapas. Dari segi rekaannya, ia tidak berstruktur ataupun kelihatan kaku. Ia didatangkan dalam warna biru kelasi dan warna cerah. Jaket ini tidak punyai fabrik pelapis dan direka supaya kelihatan sedikit renyuk. Ia paling menarik dipadankan dengan potongan chinos dan jean.

Ketrampilan Penuh Bergaya

acelebritynews.com

7. Antara pilihan menarik, dapatkan sut kapas potongan tirus dan padankan ia dengan kemeja reka corak kotak-kotak atau jalur. Pilih tali leher warna senada ataupun reka corak ringkas yang ada kesinambungan dengan warna yang mendominasikan kemeja anda.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Pinterest

8. Jika memakai kemeja yang bercorak, pastikan padanan seluar, aksesori dan rambut anda, kesemuanya adalah gaya konservatif, namun pilihan tali leher perlu punyai reka corak bagi melengkapkan gaya keseluruhan.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Coton Doux

9. Tambah seluar chinos pelbagai warna dalam koleksi seluar khaki. Paling penting anda bijak dan berani bereksperimentasi. Gaya ini cukup bergaya dan boleh dipadankan dengan apa saja.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Brostrick

ads-mens-grooming

10. Seluar rona kelabu cukup versatil serta boleh disuai padan dengan pelbagai pakaian. Seluar rona kelabu dapat menyerlahkan lagi kemeja dalam rona terang seperti biru, merah, hitam, coklat. Ia juga amat sesuai jika dipadankan dengan rona lembut seperti pastel tetapi jika anda mahu gaya yang lebih kontemporari dan menawan, nasihat saya agar anda dapatkan seluar dalam rekaan flat – front di hadapan seluar anda.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Black Cargo Pants For Women

11. Anda perlu sentiasa memilih untuk memaki stoking yang panjang berbanding dengan potongan pendek. Ini untuk mengelakkan daripada bulu kaki anda terlihat pada pandangan orang lain.

Ketrampilan Penuh Bergaya

New World Economics

12. Jangan lupa berikan penumpuan pada kasut mereka. Kasut perlu sentiasa dijaga dengan rapi. Penggunaan tapak kasut yang rosak dan tali kasut yang terlalu uzur adalah dilarang sama sekali.

Ketrampilan Penuh Bergaya

Pinterest

Anda juga boleh tinggalkan komen bagi sebarang pertanyaan tentang gaya penampilan anda.

BACA: 11 Tips Beli iPhone Terpakai Supaya Anda Tak Tertipu!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *