Ketahui Punca Jejas Rangsangan Seks Lelaki

Ketahui Punca Jejas Rangsangan Seks Lelaki

hanasuva.com

Lelaki selalu mengambil mudah soal kesihatan. Hingga satu peringkat mereka bertindak melulu dengan mengambil ubat kuat bagi meningkatkan tahap kejantanan saat menjalin hubungan intim.

Namun mereka perlu sedar bahawa ubat kuat yang berlambak di pasaran selain viagra yang telah terbukti secara saintifik mungkin mempunyai kesan terhadap tubuh badan mereka. Ketahui punca yang boleh menjejaskan rangsangan seksual lelaki dan pencegahannya.

Oleh itu ketahui punca jejas rangsangan seks lelaki bersama Mensive.

PUNCA:

Obesiti

  • Kes yang dilaporkan kepada kementerian kesihatan Malaysia (KKM) tahun lepas menunjukkan 2.6 juta orang rakyat di negara ini kebanyakkannya golongan muda disahkan menghidap penyakit diabetes.
  • Ia berpunca kepada kadar peningkatan kadar obesiti yang berkait rapat dengan tabiat pemakanan tidak seimbang.
  • KKM memaklumkan, hampir setiap seorang daripada tiga orang rakyat Malaysia terutama golongan muda dikesan sama ada mengalami berat badan berlebihan atau obes, menjadikan mereka berisiko tinggi mendapat penyakit diabetes.

Diabetes

Ketahui Punca Jejas Rangsangan Seks Lelaki

www.diabetes.ie

  • Salah satu sebab alat sulit tidak berfungsi dengan betul adalah penyakit diabetes. Penyakit ini menyerang saraf, terutamanya jika sudut berada pada tahap yang ¬†serius hingga perlu mengambil ubat.
  • Pada peringkat awal, mungkin tidak tetapi kalau sudah tidak terkawal paras gula dalam darah, maksudnya memang tidak boleh kerana hilang daya rangsangan dan kekuatan seks.
  • Apabila makan ubat, paras gula darah akan dapat dikawal tetapi ia menyebabkan kadang-kadang pesakit berselera nak makan, tapi kadang-kadang pesakit tidak lalu makan.
  • Keadaan ini menyebabkan nutrisi tidak cukup, paras oksigen kurang sememangnya badan jadi lemah dan lesu.

Darah Tinggi dan Jantung

Ketahui Punca Jejas Rangsangan Seks Lelaki

www.deherba.com

  • Sewaktu menjalinkan hubungan intim, jantung perlu mengepam darah dengan laju dan lancar ke seluruhan tubuh badan terutama ke organ seks lelaki.
  • Tetapi sekiranya jantung bermasalah atau perjalanan darah tidak lancar disebabkan oleh arterosklerosis contohnya, bukan sahaja anda lemah tetapi anda menjadi kurang berkeyakinan kerana berasa bimbang terkena serangan jatung atau tekanan darah tinggi semasa menjalinkan hubungan intim apatah lagi untuk mencapai klimaks.

PENCEGAHAN:

Diet Sihat

Diet sihat dan seimbang sangat penting bagi menghasilkan air mani yang sihat. Ia perlu untuk menghasilkan calon embrio yang sihat. Ia dapat memulihkan dan memulihara tubuh badan supaya sihat dan kuat.

Makanan Berkhasiat

Terdapat juga faktor genetik yang menyumbang kepada penykait diabetes yang diwarisi daripada ahli keluarga dahulu. Dalam soal ini, sejak awal kehamilan, ibu perlu menjaga gaya pemakanan dengan betul. Makanan berasaskan hasil tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil kerap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.