Ketahui Kenapa Muzik Sedih Lebih Dekat Di Hati Kita

google

Muzik ini mempunyai pengikutnya sendiri, ikutkan semenjak dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan muzik kerana muzik ini merupakan terapi ataupun menjadi daya tarikan kepada sesuatu.

Muzik juga boleh merubah perasaan seseorang itu ataupun mood mereka mengikut jenis muzik yang didengari.

Terdapat pelbagai jenis muzik yang kita ketahui wujud kini contohnya seperti genre balada,pop,rock, heave metal, jazz dan juga muzik instrumental.

Penyelidikan dari United Kingdom and Finland mendedahkan lagu sedih lebih dapat mempengaruhi suasana hati manusia dan lebih mampu membangkitkan kenangan berkaitan pengalaman mereka.

Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Tuomas Eerola dari Durahm University menggali lebih bagaimana beberapa orang membenci dan mengelakkan lagu sedih sementara yang lain larut dalam emosi dan kenangan.

“Dalam kajian kami, kami mengkaji spektrum mengenai pengalaman seseorang apabila mendengar muzik sedih dan mencari sebab kenapa orang mendengar muzik tersebut, serta menghindarinya,” ujar Tuomas.

Penyelidikan tersebut menunjukkan majoriti orang yang mendengar lagu sedih kerana mereka menikmati muzik atau terhibur kerana lagu yang dimainkan membawa kenangan mereka kembali. Terdapat 2436 peserta yang rasa sakit semasa mendengar muzik sedih tersebut. Biasanya muzik mendatangkan kenangan peribadi yang mendalam berkaitan perceraian atau kematian orang yang dicintainya.

Para penyelidik menyebutkan bahawa mendengar muzik sedih menjadikan pengalaman yang “kesedihan, menyenangkan”, dan tercatat bahawa pengalaman tidak akan berubah seiring bertambahnya usia.

Eerola berkata penyelidikan ini menunjukkan sifat fungsi dari pengalaman tersebut. Hal abstrak sebagai reaksi emosi muzik berkaitan dengan struktur otak dan sistem saraf.

“Keputusan ini dapat membantu kita untuk menentukan cara seseorang mengatur suasana hati mereka dengan bantuan muzik, serta bagaimana terapi muzik boleh menjadi bahagian pemulihan kerana keselesaan, sokongan, serta kenikmatan yang dirasakan pendengar,” ringkas Eerola.

BACA: Mari Kita Lihat Senarai Nama Muzik Video Paling Ramai Ditonton Tahun 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.