Ketahui Fungsi Lubang Butang di Jaket Suit

Bonsuits

Bagi lelaki yang menghargai cara berpakaian dengan betul pastinya setiap fungsi pada pakaian akan diteliti. Ini bagi memastikan lelaki tersebut mematuhi etika berpakaian dan tidak dilihat janggal di dalam majlis-majlis yang dihadiri.

Suit merupakan pakaian formal yang terbaik ia dinamakan suit kerana warna, corak dan fabrik yang sama digunakan untuk jaket dan seluar. Pada jaket ada beberapa bahagian yang perlu diperhatikan seperi cuff, lapel, butang dan poket.

Perincian ini perlu diketahui supaya pemakaian suit mematuhi etika yang sepatutnya. Contohnya jika jaket berbutang dua, maka butang yang di atas yang perlu dikancing sementara butang yang di bawah dibiarkan terbuka. Butang hanya dikancing apabila berdiri dan berjalan. Apabila duduk maka hendaklah dibuka kedua-dua butang.

Ada sejarahnya mengapa perkara ini berlaku. Pada zaman dahulu ada seorang raja yang berbadan besar. Pada waktu itu butang jaket ini dikancing kedua-duanya. Dalam satu majlis, oleh kerana besarnay saiz perut sang raja, maka butang yang di bawah telah tercabut dan melantun kepada tetamu. Untuk menghormati raja, maka semua menteri telah membuka butang yang di bawah dan ini diikuti oleh semua tetamu.

Satu bahagian kecil yang sering tidak diperduli adalah lubang butang pada lapel suit. Jika suit ditempah, biasanya lubang butang ini tidak akan dipotong oleh tukang jahit. Ia terpulang kepada pelanggan sama ada mahu dibuka atau tidak mengikut kesesuaian penggunaan.

Garrison Bespoke

Lubang butang ini gunanya ialah untuk menyemat lapel pin. Sekiranya ada satu sahaja lubang, maka hanya satu lapel pin yang boleh disematkan. Jika ada dua maka dua lah bilangan lapel pin tersebut.

Lubang butang ini sengaja tidak dipotong untuk memastikan lapel pin boleh disemat dengan kemas dan kejap. Jika dipotong, maka longgarlah lapel pin tersebut dan tidak kemas jadinya. Apabila mengenakan lapel pin anda yang akan menentukan bagaimana untuk menyematnya

Branding Source

Biasanya lubang butang ini dibuat selari di sebelah kiri jaket. Ini adalah untuk memastikan aksesori tambahan seperti lapel pin dan poket square berada di sebelah badan si pemakai.

Walaubagaimanapun tidak ada salahnya jika lubang butang ini ingin dibuat dikedua-dua bahagian lapel. Tepuk dada, tanya selera.

Selamat bergaya!

Baca lagi: Ekspresi Imej Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *