4 Kesilapan Penjagaan Jambang Yang Sering Dilakukan Oleh Orang Lelaki

Zaman sekarang, memiliki misai, janggut ataupun jambang sudahpun menjadi satu trend. Kini dengan mudah anda boleh berjumpa dengan ramai lelaki seperti ini di mana-mana sahaja anda berada. Memiliki misai, janggut dan jambang ini juga boleh dikatakan sebagai lambang lelaki sejati.

Ia semakin menjadi fenomena apabila para selebriti turut menyimpan misai, janggut ataupun jambang. Contoh popular adalah seperti Wak Doyok. Beliau memiliki misai yang unik dan menyebabkan ramai kaum lelaki mahu meniru gayanya.

Walaubagaimanapun, seghairah manapun anda untuk memiliki misai, janggut ataupun jambang, elakkan daripada melakukan 4 kesilapan penjagaan jambang agar tidak mendatangkan masalah kepada anda.

1. Jangan biarkan ia terlalu panjang

Kredit foto: www.fubiz.net

Membiarkan misai, janggut ataupun jambang anda terlalu panjang akan membuatkan muka anda kelihatan kusut dan tidak kemas. Ini juga akan menyebabkan orang memberi tanggapan yang buruk kepada lelaki-lelaki yang berjambang. Janggut, misai ataupun jambang ini pertumbuhannya tidak sekata, jadi anda perlu trim bulu-bulu tersebut agar anda kelihatan kemas dan menarik.

2. Tidak menggunakan minyak jambang

Kredit foto: www.beardtrimmerreviews.co.uk

Anda suka ada misai, janggut ataupun jambang, tapi anda tidak gunakan sebarang minyak jambang untuk menjaga kekemasannya. Jangan ingat rambut sahaja yang akan berkelumumur, jambang anda juga boleh hadapi masalah ini jika tidak menggunakan minyak jambang. Selain itu, jambang dan janggut anda akan kelihatan kering dan mudah rosak jika tidak dipelihara dengan baik. Kami di Mensive ada menyediakan Mensive Moustache and Beard Oil yang boleh membantu menjaga kekemasan misai, janggut dan jambang anda.

3. Tidak bercukur dengan betul

Krediti foto: www.telegraph.co.uk

Bercukur di sini bukanlah bermaksud membuang kesemua misai, janggut dan jambang anda. Tetapi, anda bercukur agar jambang atau misai tidak menutup seri wajah anda. Untuk menunjukkan bahawa jambang memberi seri kepada wajah anda, pastikan anda bercukur mengikut bentuk muka anda. Cukuran yang sesuai dengan muka anda akan membuatkan anda kelihatan lebih menarik di samping memiliki jambang yang lebih kemas.

4. Tidak menjaga peralatan

Kredit foto: wild-willies.com

Sebagai lelaki yang mempunyai jambang, janggut dan misai, anda perlu memberikan perhatian yang lebih kepada alatan-alatan yang membantu menjaga kekemasan muka anda. Barang-barang seperti pisau cukur dan gunting haruslah dicuci dan dibersihkan dengan baik agar tidak wujud bakteria atau kuman. Kesilapan penjagaan jambang ini akan merosakkan jambang dan juga kulit muka anda.

Itulah dia 4 kesilapan penjagaan jambang yang sering dilakukan oleh kaum lelaki. Elakkan daripada mengulangi kesilapan ini lagi dan jambang anda pasti akan kelihatan lebih menarik daripada biasa.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *