Masalah Kesesakan Lalu Lintas Bakal Lenyap Di China

kesesakan lalu lintas

Akhirnya, masalah kesesakan lalu lintas di China kini semakin sampai ke penghujung apabila munculnya satu penyelesaian yang akan menamatkan kemelut ini. Sebuah bas yang mampu ‘melangkah’ kenderaan lain yang tersangkut dalam kesesakan dan seterusnya membantu orang ramai sampai ke destinasi dengan cepat kini telah dihasilkan di China.

Bas tersebut diberi nama “Transit Elevated Bus” atau singkatannya ialah TEB. TEB adalah sebuah bas yang mampu menampung sehingga 300 orang penumpang pada satu-satu masa. Bas ini mempunyai ukuran 22 meter panjang, 7.8 meter lebar dan ketinggiannya pula mencecah 4.8 meter. Ini bermaksud, TEB hanya boleh ‘melangkah’ kenderaan yang mempunyai ketinggian tidak lebih 3 meter.

kesesakan lalu lintas

TEB bergerak menggunakan 16 roda di mana 8 roda di sebelah kanan dan 8 lagi di sebelah kiri. Kelajuan TEB dijangka boleh mencecah sehingga 50 km/j. Walaubagaimanapun, TEB hanya boleh dibawa di atas rel sahaja. Selain itu, TEB juga tidak boleh membuat pusingan dan hanya boleh bergerak lurus di atas relnya.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan pada TEB yang menyebabkan segelintir orang ramai tidak berapa yakin dengan kemampuan TEB, tetapi kami yakin bahawa kewujudan TEB adalah jawapan terbaik setakat ini untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di China.  Menurut ketua jurutera yang mencipta TEB, Song You Zhou, TEB akan mengambil masa setahun hingga ke setahun setengah sebelum ia dikeluarkan dan mula memasuki pasaran secara rasmi.

Sumber: Engadget

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *