Kerana Parking Kereta Merata, Kereta Dikelilingi Sampah

parked_car_trashed4

Kejadian berlaku di China apabila seorang pemandu yang tidak berhemah telah memarkir keretanya sesuka hati sehingga membuatkan orang lain berasa kurang senang.

Untuk diberikan pengajaran kerana sikapnnya yang tidak bertanggungjawab keretannya telah dikelilingi sampah sehingga menyebabkan dia sukar untuk keluar.

ads-gent-grooming

Menurut laporan dari Shanghaiist, lelaki tersebut dikenali sebagai Shang datang ke situ untuk menghadiri majlis makan malam bersama rakan.

Oleh sebab sudah terlambat dan tergesa-gesa dia telah meletakan keretanya di hadapan rumah sampah.

parked_car_trashed3

parked_car_trashed6

Tindakannya itu telah menaikan kemarahan pengutip sampah kerana menganggu laluan mereka untuk ke rumah sampah tersebut dan membuang sampah di keliling kereta itu.

Akibatnya, Shang terpaksa mengupah operator forklift sebanyak 1,100 yuan (RM682)untuk membersihkan timbunan sampah itu supaya keretanya boleh dibawa keluar.

parked_car_trashed7

Kalau di Malaysia, lebih teruk daripada itu jika anda memarkir kereta di merata-rata. Silap haribulan pecah kereta anda dibuatnya. Kira di China ni boleh bawak bincang lagi lah. Heh.

Sumber: Hanasuva

BACA: Pengguna Jalan Raya Di Selangor Kelak Boleh Membuat Laporan Jalan Berlubang Melalui Waze

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.