(Bola Sepak) Di Buang Padang Kerana Kentut Ketika Perlawanan

bola sepak

Kredit foto: www.thesun.co.uk

Segalanya tidak mustahil dalam sukan bola sepak. Malah, kata-kata seperti ‘bola itu bolat’ cukup sinonim dengan sukan ini di mana ia menggambarkan apa saja boleh berlaku dalam sukan ini dan tiada siapa yang boleh menekanya dengan tepat.

Begitulah yang telah terjadi dalam sukan ini di Sweden di mana satu kejadian pelik telah berlaku dan mengejutkan kancah bola sepak di sana.

Seorang pemain dari kelab Jarna SK, Adam Lindin Ljungkvist (lihat gambar) yang bermain di posisi bek kiri telah diarahkan untuk keluar padang kerana beliau telah kentut semasa perlawanan menentang Pershagen SK yang sedang berlangsung.

Pengadil telah mengarahkan beliau keluar padang kerana tindakannya itu dikategorikan sebagai tidak ada semangat kesukanan dan juga ia adalah satu provokasi yang disengajakan.

Menurut Adam, pada ketika itu dia sedang mengalami masalah sakit perut yang agak teruk dan memang terasa nak terkentut. Oleh kerana tidak tahan, maka beliau telah kentut ketika perlawanan sedang berlangsung.

Tindakannya ini telah menyebabkan Adam menerima kad kuningnya yang kedua dan seterusnya mendapat kad merah serta diarahkan untuk keluar padang. Adam mengatakan bahawa hukuman yang dikenakan ini adalah sangat pelik memandangkan beliau cuma kentut dan ia sepatutnya bukan satu kesalahan.

bola sepak

Kredit foto: www.thesun.co.uk

Adam juga telah bertanya kepada pengadil adakah beliau tidak dibenarkan untuk kentut? Pengadil memberikan jawapan bahawa beliau tidak dibenarkan untuk kentut kerana ia adalah provokasi yang disengajakan. Adam agak terkejut dengan tindakan pengadil ini. Adam mengatakan hukuman yang diberikan oleh pengadil seolah-olah beliau sengaja kentut di depannya.

Penyerang pasukan lawan, Kristoffer Linde, mengatakan bahawa beliau telah mendengar bunyi kentut yang sangat kuat ketika perlawanan ini. Kristofer ketika itu berada di jarak yang agak jauh dari Adam, tetapi masih boleh mendengar bunyi kentut Adam.

Adam telah berjumpa dengan pengadil selepas perlawanan tamat dan menyatakan rasa tidak puas hatinya. Adam tahu bahawa kentut kepada pemain lawan adalah satu tindakan provokasi yang tidak bijak, tetapi di dalam hal ini, beliau memang sakit perut dan rasa nak kentut, itu saja.

Setakat ini di Malaysia, kita masih belum mendengar kisah seperti ini. Mungkin ramai pemain bola sepak Malaysia mampu menahan kentut sehingga tamat perlawanan ataupun mereka tetap kentut, tetapi dengan bunyi yang sangat perlahan.

Sumber: The Guardian

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *