Kenderaan Asing Masuk Johor Kena Caj RM20

Kenderaan Asing Masuk Johor Kena Caj RM20

RoketKini

Bermula 1 November ini, setiap kenderaan persendirian yang mempunyai nombor pendaftaran asing yang hendak memasuki Malaysia melalui Johor akan dikenakan bayaran caj jalan raya (RC) sebanyak RM20.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sistem tersebut akan diaktifkan di Tambak Johor dan Link Kedua yang merupakan laluan masuk darat di Johor.

ads-perfume-with-azrel

“Langkah awal kutipan ini hanya membabitkan kenderaan asing sahaja dan tidak termasuk motosikal dengan nombor pendaftaran asing,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Tambahnya lagi, sistem bayaran tersebut akan dikutip melalui sistem kad Touch n’Go.

Beliau turut mengingatkan kepada semua pemilik kenderaan asing supaya mendaftarkan maklumat kenderaan dengan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk memastikan kelancaran aliran masuk ke Malaysia setelah sistem tersebut dilaksanakan.

erdapat perbezaan antara RC dan VEP iaitu sistem VEP adalah satu sistem pendaftaran kenderaan secara automatik dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan pemantauan dan kawalan sempadan.

Pelaksanaan sistem ini turut merupakan proses mengumpul data kemasukan kenderaan yang boleh digunakan untuk perancangan strategik, pengurusan dan tujuan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Buat masa ini pelaksanaan RC dan sistem VEP hanya membabitkan kenderaan asing di dua laluan masuk di Johor sebelum diperluaskan secara berperingkat di semua 12 laluan pintu masuk negara.

BACA: Tony Fernandes diiktiraf CEO terbaik syarikat penerbangan kali ke-3

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *