Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

Vogue

 

“Tengok, apa yang dia pakai tu? Sangat menarik!”

“Oh dia pakai baju warna merah jambu lah!”

“Eh, tak lelaki lah kalau pakai baju warna tu…”

Antara perkara biasa yang berlaku setiap kali lelaki mengambil keputusan untuk memakai baju bewarna merah jambu..

Namun begitu tidak ramai yang tahu yang warna merah jambu telah membuat kemunculan semula di dalam industri fesyen.  Warna ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang mana tidak ramai yang perasan. Walau bagaimanapun tanggapan anda terhadap baju lelaki bewarna merah jambu ini semuanya sudah ketinggalan zaman.

Oleh itu jangan buang masa, ikuti 5 alasan kukuh untuk memakai baju bewarna merah jambu!

ads-hair-tonic-with-nasir

#1. Merah Jambu pernah satu ketika dahulu dilihat maskulin dan popular di kalangan lelaki

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

The Idle Man

Sejarah memberitahu warna merah jambu bukanlah satu warna yang feminin. Bagi direktor  institut teknologi fesyen, Valerie Steele pada abad ke 18, lelaki memakai baju warna merah jambu yang ada corak bunga-bunga dan mereka kelihatan segak ketika itu.

Pada awal tahun 1900 baju pertama yang dicipta berasaskan warna merah jambu adalah daripada Brook Brother dan menjadi fenomena.

Contoh di atas memperlihatkan fesyen merah jambu ini datang dan pergi, mungkin kini fesyen tersebut kembali semula?

#2. Anda bukan lagi seorang budak

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

Real N Swag, Pinterest

Anda pasti sudah biasa dengan situasi dimana bayi lelaki diberikan baju bewarna biru manakala perempuan sudah pastinya bewarna merah jambu. Situasi tersebut sehingga kini masih lagi kuat dipegang oleh semua masyarakat. Sebab itu warna merah jambu sudah terbiasa dengan jantina wanita.

Untuk itu, apa kata sekali sekala anda cuba menjadi seorang dewasa dan cuba memakai baju warna merah jambu, tengok ada tak mata yang memandang.

#3. Merah Jambu menarik minat wanita

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

theidleman.com

Memang sudah lumrahnya wanita menyukai warna merah jambu. Yang bermaksud, jika anda memakai baju warna merah jambu secara semulajadi wanita akan lebih tertarik kepada anda. Lupakan sahaja mitos yang mengatakan warna tersebut membuatkan anda kelihatan tidak maskulin.

ads-gent-grooming

#4. Anda lebih menyerlah dan menjadi lebih berkuasa

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

Mankind

Jika  anda ingin tahu, warna merah jambu ini sudah menjadi warna rasmi bagi persatuan besar seperti kanser dan juga kempen-kempen kesedaran yang lain. Untuk itu, warna merah jambu ini memang lambang kekuatan dan kuasa.

#5. Merah jambu sesuai untuk semua warna

Kenapa Lelaki Patut Pakai Baju Bewarna Merah Jambu

FAME CHeRRy

Apa yang paling menggembirakan sekali adalah warna merah jambu ini mampu berdiri di atas warna-warna lain dengan jayanya. Contoh anda memakai kemeja bewarna hitam dan memilih pink sebagai tali leher.

Jika anda seorang yang gemar berpakaian merah jambu, boleh komen di bawah!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: Lelaki Berpakaian Pink Adalah Lelaki Yang Berkeyakinan Diri Paling Tinggi

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *