Kenali 5 Peninju Ini Yang Memiliki Tumbukan Paling Padu Dan Digeruni Lawan

Mana-mana peninju boleh melepaskan penumbuk untuk menewaskan lawan masing-masing. Tetapi, untuk memiliki tumbukan paling padu, hanya beberapa peninju sahaja yang boleh melakukannya.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 peninju yang mempunyai tumbukan paling padu dan paling kuat di mana kekuatan tumbukan ini boleh menjadi senjata psikologi untuk menakutkan lawan-lawan mereka sebelum memasuki gelanggang.

Jom kita sama-sama lihat, siapakah 5 peninju yang mempunyai tumbukan paling padu dan digeruni lawan ini.

Kredit foto: Evening Standard

Kredit foto: Evening Standard

#5. Lennox Lewis

Bersara sebagai juara dunia kategori heavyweight merupakan suatu penghormatan bagi mana-mana peninju di dunia ini. Peninju kelahiran Britain ini memiliki tumbukan yang sangat padu yang menyebabkan peninju-peninju lain berasa gerun untuk berlawan dengannya.

Saiz badan Lewis yang besar dan mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci memberi kelebihan kepadanya untuk mengalahkan pesaing-pesaingnya. Lewis mempunyai kekuatan dan ketepatan untuk menumbuk lawannya dengan tangan kanannya di mana ia telah membantu beliau bergelar juara dunia kategori heavyweight sejak tahun 1993 sehingga tahun 2003.

Baca lagi: Inilah Dia 5 Dunkers Terhebat Dalam Sejarah NBA

ads-beard-oil-with-azrel

tumbukan paling padu

Kredit foto: Newsday.com

#4. George Foreman

George Foreman adalah seorang peninju lagenda yang telah beraksi selama 3 dekad dan menyertai 81 perlawanan. Foreman adalah seorang peninju yang hebat di dalam gelanggang dan beliau adalah antara protagonis yang memainkan peranan penting di dalam perlawanan ‘The Rumble in the Jungle’ bersama-sama dengan Muhammad Ali.

Dalam perlawanan ini menyaksikan Foreman melepaskan tumbukan padu bertubi-tubi ke badan Ali. Walaupun kalah di dalam perlawanan ini, tetapi sejarah menunjukkan bahawa George Foreman mempunyai peratusan menghabiskan perlawanan secara KO yang tinggi iaitu dengan rekod 83.9%. Ini adalah bukti bahawa tumbukan yang dilepaskan oleh Foreman sememangnya boleh menumbangkan lawannya dengan mudah.

Kredit foto: Thrillist

Kredit foto: Thrillist

#3. Mike Tyson

Mike Tyson yang juga dikenali sebagai ‘Iron Mike’ adalah seorang peninju yang mempunyai tumbukan sekeras besi. Beliau adalah seorang peninju yang melawan arus syarat-syarat untuk menjadi peninju yang berjaya.

Sebelum Mike Tyson bergelar sebagai juara dunia termuda kategori heavyweight pada usianya baru mencecah 20 tahun pada tahun 1986, pakar-pakar sukan mengatakan bahawa untuk berjaya di dalam sukan tinju ini, seseorang peninju itu mestilah seorang yang serba boleh, mempunyai gerak geri kaki yang pantas dan juga mempunyai stamina untuk bertahan sehingga ke pusingan akhir.

Tetapi, Tyson melawan pendapat ini dengan menampilkan aksi yang nampak keras dan ‘jahat’ di mana beliau dilihat seperti membuli orang-orang yang lemah. Tumbukan-tumbukan keras kepada lawannya tidak dapat ditahan dan menyebabkan Tyson sering mendapat kemenangan mudah.

ads-hair-tonic-with-nasir

Kredit foto: Stuff.co.nz

Kredit foto: Stuff.co.nz

#2. David Tua

Kegerunan terhadap David Tua digambarkan seperti ini. Andainya mana-mana peninju dapat melepasi pusingan pertama semasa berlawan dengan David Tua, ia diibaratkan seperti peninju tersebut sudahpun melepasi 16 orang peninju profesional.

Dengan rekod 43 KO dalam 59 perlawanan telah menjadi bukti kepada Tua bahawa tingginya 5 kaki 10 inci sahaja tidak menjadi penghalang untuk menewaskan lawan-lawannya secara KO. Bagi Tua, kehadirannya di dalam gelanggang adalah untuk menumpaskan pesaingnya dengan menggunakan tumbukan tangan kirinya yang paling digeruni lawan.

Kredit foto: Ring Side Boxing Show

Kredit foto: Ring Side Boxing Show

#1. Earnie Shavers

Earnie Shavers punya tumbukan ni, jangan kata peninju biasa-biasa sahaja yang takut, malah, peninju lagenda seperti Muhammad Ali turut menggeruni tumbukan-tumbukan padu Shavers.

Dalam satu temuramah bersama Muhammad Ali, Ali memberitahu kepada wartawan bahawa selain mempunyai tumbukan yang padu, Shavers juga boleh menerima tumbukan-tumbukannya tanpa kelihatan sakit.

Bagi Shavers, misi dan matlamatnya di dalam gelanggang adalah untuk mencederakan lawannya sehingga mereka tidak mampu bangkit dan berlawan dengannya semula. Ramai peninju dunia bersetuju dan bersepakat mengatakan bahawa Earnie Shavers sememangnya mempunyai tumbukan yang paling padu berbanding peninju-peninju lain di dalam dunia ini.

Adakah anda bersetuju bahawa 5 peninju ini mempunyai tumbukan paling padu dalam sejarah tinju dunia? Jika anda tidak bersetuju, anda boleh tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Inilah Dia 5 Peninju Terhebat Sepanjang Zaman Yang Anda Patut Kenali

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *