Kenali 5 Koleksi Gaya Klasik Seorang Lelaki

Lelaki cukup berbeza dengan wanita, terutama dalam soal hobi menyimpan barang berharga yang berhubungan dengan fesyen. Di kala wanita menyimpan mereka dengan baik dan rapi semua koleksi berbeza pula dengan kaum Adam, hanya segelintir yang mengambil berat soal ini.

Namun, tanpa kita sedari para lelaki juga memiliki atau pernah mempunyai barang fesyen dengan gaya klasik yang hampir usang bahkan hampir rosak. Seperti koleksi gaya klasik era tahun 70an yang ternyata juga pernah dimiliki atau dikenakan mereka.

Berikut adalah koleksi gaya klasik yang pernah menghiasi atau tersimpan di almari atau gudang mereka.

Gambar hiasan: On Point Fresh

But

Semua orang pasti pernah memakai sepatu ini. Mereka ingin kelihatan bergaya dengan sepatu ini kerana mereka akan terlihat seperti tokoh penting dan boleh jadi ketika mengenakannya ia akan menjadi perhatian utama dan orang paling hebat dalam ruangan ini.

Gambar hiasan: FJackets

Jaket Kulit

Mengenakan jaket ini membuatkan kaum lelaki kelihatan sangat macho, kononnya. Apalagi apabila ia dikenakan saat membawa kenderaan bermotor dan terbayang bagaimana hebatnya anda kelihatan sambil membonceng wanita cantik di belakang anda.

Gambar hiasan: Adi Pants

Seluar kasual

Sesekali lelaki juga ingin kelihatan kasual dengan gaya ini. Santai boleh melepaskan mereka dari kesan serius dan dengan diri dibalut gaya kasual dari pakaian ringan tetap memberikan kesan maskulin cukup dengan kemeja santai dan kasut sneakers.

Gambar hiasan: Jack & Jones

Kemeja Santai

Pilihan para lelaki yang lebih senang berkemeja dengan rekabentuk berupa tulisan yang sepintas seperti khat tetapi tetap memberikan kenyamanan dan dengan harapan pesanan yang tertulis di kemeja yang dikenakannya akan dibaca oleh si pujaan hati yang sedang dipuja.

Gambar hiasan: The Idle Man

Jaket lapangan ala Askar

Jaket lapangan bergaya askar ini sering juga menjadi pilihan untuk dijadikan koleksi gaya kelasi kaum Adam. Lengkap dengan tanda atau simbol kepangkatan ala askar, lelaki cukup menyukai gaya ini kerana membuatnya tampil seperti lelaki yang paling gagah dan berani.

Baca lagi: 4 Model Gaya Rambut Untuk Kaum Lelaki Yang Berambut Tipis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *