Kena Tikam Ada, Kena Tembak Pun Ada – Inilah Cerita Penyokong Bola Sepak Paling Ganas

Kita semua tahu bahawasanya para penyokong adalah antara elemen yang sangat penting dalam dunia bola sepak. Tanpa mereka, sesebuah pasukan yang sedang beraksi akan terasa sepi dan tidak bersemangat untuk bermain bola sepak. Para penyokong adalah ibarat ‘Pemain Ke 12’ di dalam padang. Mereka tidak menyepak bola, tetapi mendorong pemain untuk terus bersemangat bermain bola.

Namun begitu, para penyokong yang kurang etika dan tidak bermoral boleh mendatangkan kesusahan kepada kelab yang mereka sokong. Malah, ia juga boleh menjejaskan keselamatan dan keselesaan orang lain.

Oleh sebab itu, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 penyokong bola sepak paling ganas dalam sejarah bola sepak dunia. Kami berharap dengan perkongsian ini dapat ditunjukkan bahawa tiada yang baik pun dengan mengamalkan keganasan dalam dunia bola sepak ini.

Jom kita lihat sama ada, ada tak kelab yang kita minat tersenarai atau tidak dalam senarai ini.

Kredit foto: Getty Images

Kredit foto: Getty Images

#5. Penyokong Universitario de Deportes

Para penyokong kelab bola sepak dari Peru ini telah dinamakan sebagai penyokong yang paling ganas di Peru dan juga antara penyokong terganas di seluruh Amerika Selatan. Penyokong-penyokong kelab ini sangat ganas sehinggakan mereka sanggup membakar kereta dan bas penyokong lawan.

Sehinggakan satu tahap, penyokong-penyokong Universitario de Deportes ini telah menghumban seorang penyokong lawan ke bawah daripada tempat duduk stadium yang berketinggian 50 kaki. Penyokong lawan yang malang itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan otak selepas kepalanya terhempas di atas konkrit.

Baca lagi: 5 Aksi Comeback Yang Mengkagumkan Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: International Soccer Network

Kredit foto: International Soccer Network

#4. Penyokong AS Roma

Keganasan berkaitan tikam-menikam penyokong lawan adalah perkara sinonim untuk para penyokong AS Roma. Pada tahun 2001, penyokong-penyokong Liverpool telah ditikam oleh penyokong-penyokong AS Roma di Rome. Kemudian, pada tahun 2006, penyokong kelab Middlesbrough telah ditikam dan pada tahun 2007, penyokong kelab Manchester United pula telah ditikam.

Penyokong-penyokong AS Roma juga sering bergaduh dengan seteru utama mereka iaitu penyokong-penyokong kelab SS Lazio. Ketenangan emosi para penyokong AS Roma ini bergantung kepada keputusan perlawanan ketika itu. Jika kalah, memang malanglah nasib penyokong lawan AS Roma.

Kredit foto: Fast Company

Kredit foto: Fast Company

#3. Penyokong Pasukan Kebangsaan Colombia

Para penyokong pasukan kebangsaan Colombia ini bukan sahaja akan bertindak ganas terhadap para penyokong lawan, malah, mereka juga turut bertindak ganas terhadap pemain-pemain bola sepak Colombia sendiri.

Insiden yang melibatkan keganasan terhadap pemain bola sepak Colombia ini berlaku pada tahun 1994. Pada ketika itu, Piala Dunia 1994 sedang berlangsung dan Colombia sedang menentang Amerika Syarikat.

Pemain Colombia iaitu Andres Escobar telah menjaringkan gol sendiri yang memberi kemenangan 2-1 kepada Amerika Syarikat. Akibatnya, Escobar ditembak sebanyak 6 das tembakan oleh penyokong Colombia yang bengang dengan jaringan sendiri yang dilakukan oleh Escobar.

ads-hair-tonic-with-nasir

Kredit foto: Athens Banner-Herald

Kredit foto: Athens Banner-Herald

#2. Penyokong Al-Masry vs Penyokong Al-Ahly

Insiden pergaduhan penyokong yang berlaku di Stadium Port Said, Mesir pada tahun 2012 adalah antara insiden keganasan paling teruk di mana ia telah menyebabkan 74 orang terbunuh dan lebih 500 orang cedera.

Insiden bermula apabila para penyokong Al-Masry menceroboh masuk ke dalam padang dan mula menyerang penyokong-penyokong Al-Ahly. Malah, mereka juga telah menyerang pemain-pemain dan krew jurulatih Al-Ahly. Mereka menggunakan senjata seperti pisau, pedang, kayu belantan, batu dan mercun untuk mencederakan penyokong-penyokong Al-Ahly yang akhirnya menyebabkan kematian dan kecederaan.

Akibat daripada insiden ini, pihak kerajaan Mesir telah menggantung liga bola sepak Mesir selama dua tahun dan tindakan ini turut memberi kesan kepada skuad bola sepak kebangsaan Mesir.

Kredit foto: Football Bible

Kredit foto: Football Bible

#1. Penyokong El Salvador vs Penyokong Honduras

Insiden pergaduhan antara para penyokong El Salvador dan Honduras telah dicatatkan sebagai insiden paling ganas dalam sejarah bola sepak dunia. Mengapa? Ini kerana, 3000 orang dilaporkan maut dalam pergaduhan ini.

Pada asalnya, kedua-dua buah negara ini memang sedang menghadapi konflik sesama sendiri dan kebetulan pula El Salvador ditakdirkan bertemu Honduras untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 1970.

Pertembungan ini telah menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara ini menjadi semakin tegang dan akhirnya meleret menjadi satu pergaduhan besar dan digambarkan ia seakan-akan sesebuah peperangan.

Pihak askar turut terlibat dalam pergaduhan ini bersama-sama dengan penyokong-penyokong Honduras dan juga El Salvador.

Bola sepak tidak sepatutnya menjadi medan untuk melepaskan geram dan kemarahan. Ia sepatutnya menjadi tempat kita mencipta keharmonian dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Keganasan tidak sepatutnya wujud dalam dunia bola sepak. Adakah anda setuju dengan kenyataan kami ini? Tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Baca lagi: 11 Pemain Bola Sepak Mati Serta Merta Di Atas Padang Gara-Gara Ilmu Hitam

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *