Kemurungan Adalah Tidak Baik Untuk Jantung Anda

Ketika anda memikirkan serangan jantung, anda mungkin akan beranggapan bahawa penyebab yang paling umum adalah merokok, kolesterol tinggi atau obesiti. Masalah kesihatan mental mungkin tidak menjadi salah satu penyebab menurut anda. Hal itu adalah salah sama sekali.

Kesihatan mental sebenarnya berupaya untuk menjadikan keadaan kesihatan jantung seseorang itu bertanbah parah. Kemurungan dikatakan boleh menimbulkan risiko yang cukup besar untuk kesihatan jantung. Dalam analisis baru, peneliti di Jerman memeriksa 3.428 lelaki Eropah antara usia 45-74 tahun selama 10 tahun.

Gambar hiasan: Mens Health

Hasilnya kematian yang diakibatkan oleh penyakit kardiovaskular selama tempoh masa penelitian ini sering berkaitan dengan kemurungan.

Dalam penelitian ini, kemurungan termasuk perasaan cemas dan perasaan lelah yang difikirkannya. Maksudnya, kesihatan mental pada kebanyakan pesakit jantung harus sentiasa stabil.

Gambar hiasan: Mens Health

Seorang peneliti jantung kardiovaskular di Intermountain Medical Center Heart Institute di Salt Lake City, Heidi Mei, PhD mengatakan, penelitian baru sangat seiring dengan apa yang ketika ini dilaporkan oleh penelitian yang lain.

“Ada pengakuan yang berkembang tentang keperluan untuk menyaring dan mengubati kemurungan untuk mengurangkan risiko kardiovaskular negatif,” kata Mei, seperti dilansir dari Fox News, Minggu (29/1).

Gambar hiasan: Mens Health

Oleh itu pesakit jantung digalakkan untuk berjumpa dengan pakar terapi untuk meluahkan masalah mereka agar kemurungan itu boleh dielakkan demi kesihatan yang lebih baik. Berbincang dengan teman juga boleh membantu mengurangkan risiko kemurungan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua pembaca dan semoga kta bertemu lagi di masa akan datang.

Baca lagi: Bagaimanakah Untuk Dikira Sebagai Curang Dengan Pasangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *