Model Terbaru Telefon Pintar 2017

Bagi yang bercadang mahu menukar telefon bimbit pada tahun ini atau mengidamkan telefon pintar yang mengikut pasaran semasa, di sini kami ingin berkongsi kepada anda keluaran model terbaru telefon pintar yang akan dilancarkan pada tahun 2017 ini.

Kesemua telefon bimbit ini disenaraikan sebagai model yang ditunggu-tunggu pelancarannya. Mari kita sama-sama lihat senarainya.

Kredit : Phone Trader

Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy Note 8

Galaxy Note 8 merupakan model yang sesuai bagi pengguna telefon pintar yang gemar dengan skrin telefon yang bersaiz lebih besar. Kedua-dua model ini disebut-sebut mempunyai kelebaran yang seakan Galaxy S7 dan S7 Edge, dengan perincian skrin yang lebih besar dari model sebelumnya. Samsung memberi kelainan dengan memberi pembaharuan pada kelajuan ‘processor’ model ini.

 

Kredit : LG News Room

LG G6

LG G6 disebut-sebut akan dilancarkan semasa Mobile World Congress (MCW 2017). Model telefon pintar terbaru ini mempunyai skrin dengan saiz 18:9 yang lebih besar dan lebih nipis. Ini amat berbeza dengan saiz standard 16:9 bagi kebanyakan telefon pintar yang telah lama berada di pasaran.

 

Kredit : Droid Life

HTC Ocean

Di MCW 2017, Model Ocean keluaran HTC juga akan dilancarkan. Model ini direka dengan papan peranti sesentuh sepenuhnya tanpa ada butang ‘keypad’ yang lain. Dengan perincian software yang ditunggu-tunggu, HTC Ocean juga digelar sebagai telefon pintar ‘top-end’ dengan reka ciptanya yang tampak elegan.

 

Kredit : VR Focus

Huawei P10

Huawei telah berjaya memikat hati pengguna telefon pintar dengan model P9 yang telah dilancarkan. Seakan dengan P9, Huawei P10 juga memiliki dual-lens Leica Camera. Perbezaan antara P9 dan P 10 hanya dari segi perincian reka bentuk dan ‘processor’ telefon pintar tersebut.

 

Google Pixel 1. Kredit : Google Apis

Google Pixel 2

Google juga telah menggemparkan peminat telefon pintar dengan keluaran model pertama mereka iaitu Google Pixel 1. Bagi Google Pixel 2, dijangkakan model ini tampil lebih hebat dengan perincian kamera yang lebih menarik dan dilengkapi dengan software seperti ‘Google’s excellent voice-activated’, ‘AI-powered’ dan ‘text-to-speech Assistant’.

Jadi, antara telefon pintar yang tersenarai, ada atau tidak yang berjaya memikat hati anda?

 

Baca lagi : Hilang Di Bukit Broga, Pemuda Dakwa ‘Dijaga Seseorang’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *