3 Cara Untuk Kelihatan Sentiasa Muda

Jangan sangka bahawa wanita sahaja yang suka kelihatan muda, lelaki juga sama. Sebagai seorang lelaki, kami yakin bahawa anda mahu kelihatan muda walaupun usia anda sudah meningkat. Kami juga yakin bahawa anda akan merasa bangga apabila orang meneka umur anda lebih muda daripada yang sebenarnya.

Mempunyai penampilan yang nampak muda, tidak kiralah dari segi wajah atau pemakaian, ia akan memberi keyakinan kepada diri di samping membantu dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bagaimana anda hendak kelihatan muda? Apakah cara yang boleh anda amalkan? Untuk kali ini, kami di Mensive ingin berkongsi dengan anda semua 3 cara untuk kelihatan sentiasa muda yang boleh anda amalkan.

cara untuk kelihatan muda

Kredit foto: www.themalegroomingdoctor.com

1. Penjagaan Muka

Muka memainkan peranan penting dalam menampilkan diri anda agar kelihatan lebih muda. Lelaki yang berwajah muda semestinya memerlukan wajah yang bersih, lembut dan sentiasa kelihatan segar serta kurang kedutan. Oleh kerana itu, untuk menampakkan anda lebih muda berbanding usia sebenar, anda perlu memastikan penjagaan muka yang rapi agar proses penuaan tidak berlaku dengan cepat pada wajah anda. Oh ye, untuk muka yang awet muda, anda juga digalakkan untuk minum banyak air kosong.

cara untuk kelihatan muda

Kredit foto: www.nativevitality.com

2. Jaga Kesihatan

Untuk memastikan anda sentiasa kelihatan muda, jangan lupa untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contohnya seperti mempunyai diet makan yang bagus, rajin bersenam dan tidak menghisap rokok. Aktiviti yang tidak sihat seperti merokok ini sebenarnya boleh mempercepatkan proses penuaan di samping mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Senaman menyebabkan darah mengalir secara aktif dalam badan dan membantu melambatkan proses penuaan.

cara untuk kelihatan muda

Kredit foto: www.wmagazine.com

3. Jaga Penampilan Diri

Selain daripada menjaga wajah dan kesihatan diri, penampilan diri anda turut membantu untuk kelihatan lebih muda . Memilih pakaian yang up to date akan memastikan anda nampak lebih muda kerana anda dilihat sebagai seorang individu yang bergaya mengikut trend semasa. Selain itu, anda juga perlu menjaga kekemasan rupa diri seperti trim misai, janggut, bulu hidung dan juga bulu telinga supaya anda tidak kelihatan seperti orang tua yang tidak pandai menjaga penampilan diri.

Itulah dia 3 cara untuk kelihatan sentiasa muda yang boleh anda amalkan. Semoga dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu menambah kualiti hidup anda.

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *