Apakah Punca Kelewatan Pengeluaran Passport?

pengeluaran passport

Kredit foto: www.themalaymailonline.com

Sedikit peringatan untuk anda dan sesiapa sahaja yang berniat untuk memperbaharui passport anda. Sila bersedia untuk menunggu lebih lama untuk mendapatkan passport baharu anda dan mungkin juga anda tidak dapat langsung passport anda apabila melakukan permohonan pengeluaran passport di mana-mana pejabat imigresen.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, beliau berkata bahawa perkara ini berlaku kerana jabatan imigresen dalam proses untuk memperkenalkan passport jenis baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Oleh itu, banyak ujian perlu dijalankan pada passport jenis baharu ini agar sebelum pengeluaran passport dibuat, ia betul-betul mengikut piawaian keselamatan antarabangsa dan juga tidak mudah rosak apabila digunakan.

Kata Datuk Sakib Kusmi lagi, untuk menyelesaikan masalah ini, ia tidak dapat mengambil masa yang singkat untuk melakukan pengeluaran passport. Masalah ini mungkin akan berlarutan selama 6 bulan dan mungkin akan dapat diselesaikan pada bulan Januari tahun depan.

pengeluaran passport

Kredit foto: www.freemalaysiatoday.com

Kerja-kerja pengubahsuaian passport baharu ini akan menyebabkan proses permohonan dan pengeluaran passport sedia ada akan terganggu. Datuk Sakib Kusmi mengharapkan agar semua orang awam dapat memahami tentang permasalahan ini dan memohon agar rakyat Malaysia menyokong langkah kerajaan ini dalam menghasilkan passport yang mempunyai lebih ciri-ciri keselamatan.

Sebelum ini, jabatan imigresen sudah dilaporkan berdepan dengan masalah ketidakcukupan passport untuk dikeluarkan kepada para pemohon. Disebabkan hal ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan agar jabatan imigresen mengeluarkan 20,000 passport kepada semua cawangan jabatan imigresen seluruh negara.

Walaubagaimanapun, ia agak sukar untuk dilakukan memandangkan pembekal hanya dapat memberikan 5,000 sehingga 10,000 unit passport sahaja. Diharapkan agar semua masalah dan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera supaya urusan semua pihak dapat berjalan dengan lancar dengan baik.

Sumber: Malaymail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *