Kedah Pula Haramkan Pokemon Go

 

pokemon-go-7

kredit foto: variety.com

Kini Negeri Kedah Pula haramkan permainan Pokemon Go. Selepas diteliti permainan Pokemon Go, Negeri Kedah telah mengharamkan permainan tersebut kerana katanya di Berita Harian memberitahu akan memberi kesan kepada masyarakat.

Menurut indocomtech, asal usul permainan ini adalah dari Jepun dengan menggunakan nama permainan  “Capsule Monster”  diinspirasi dari mesin mainan Jepun “Gashapon”.

Serentak dengan itu, mufti Kedah Datuk Muhamad Baderudin Ahmad meminta pihak berkuasa untuk mengambil isu ini sebagai isu yang patut diberi perhatian.

Permainan video ini juga harus dihalang  terus dari diakses masyarakat di sini untuk keselamatan sejagat.

Tambahan pula, permainan ini wajar dihalang, disekat, serta dilarang kerana ianya hanya akan menggugat iman masyarakat islam di sini.

selain daripada itu, hasil mesyuarat turut memberitahu lima kesan yang bakal berlaku antaranya mengancam ibadat, mengganggu gugat keselamatan negara, boleh mengancam terdedahnya kerahsiaan negara.

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *