Kebakaran Meletus, Api Marak Memakan Blok Apartment di London

Sumber gambar: CNN

Enam maut dan lebih 50 orang dikejarkan ke hospital selepas kebakaran besar memular  di sebuah blok kediaman di London, kata Polis. Saksi menggambarkan mangsa-mangsa yang terperangkap dalam Menara Grenfell, di utara Kensington itu terbakar di dalam bangunan.

 

Mereka menjerit meminta pertolongan dan merayu supaya anak-anak mereka diselamatkan. Anggota bomba berjaya menyelamatkan “jumlah yang besar”, tetapi Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata masih ramai yang tidak dapat dikesan. Blok 24 tingkat itu masih terbakar, dan kelihatan berisiko untuk runtuh.

 

Isabel Afonso, 22, berkata ada orang yang duduk di tingkap melaung “Aku akan lompat.” dan orang ramai menyuruhnya tunggu dengan berkata “Jangan lompat. Ada yang akan datang ke atas.” Katanya lagi ramai jiran yang cuba memberi bantuan.

 

Line Sterring, 23, berkata ramai mangsa melambaikan lampu dan bendera meminta diselamatkan. Pada mulanya mereka tenang, tetapi apabila api kian marak mereka mula panik.

 

Tamara, memberitahu Berita BBC, kita boleh dengar orang menjerit “Tolong saya!” da nada yang mencampak anak mereka keluar daripada rumah dan berkata “Selamatkan anak-anak saya!” Anggota bomba, ambulans dan polis tidak mampu berbuat apa-apa. Api marak begitu pantas dan mereka tidak mampu untuk masuk semula untuk menyelamatkan mangsa. Dalam 15 minit seluruh blok disambar api dan masih kedengaran orang meminta pertolongan.

 

Samira, memberitahu Berita BBC, ia berlaku begitu pantas. Dalam sekelip mata api yang hanya berada dalam lingkungan tingkat tiga sudah menular ke tingkat 23. Ramai yang berasa tidak berguna kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Semua orang sangat takut dan melihat perkara itu di depan mata sangat menyedihkan.

 

Baca lagi: 5 Atlet Profesional dengan Pengikut Terbanyak di Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *