Kebakaran Hutan di Portugal: Sekurang-kurangnya 64 Terbunuh

MADRID – Satu kebakaran hutan di perkampungan di wilayah tengah Pedrogao Grande, Portugal minggu ini mengorbankan lebih 60 orang termasuk sekurang-kurangnya 30 orang pemandu yang terperangkap dalam kereta mereka ketika api menyelubungi sebatang jalan. Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak adalah dalam kalangan yang terbunuh.

Sumber gambar: Buzzfeed

Kebakaran bermula pada hari Sabtu, dan api menular ke sepanjang empat bidang dengan sangat marak, kata Jorge Gomes, setiausaha pentadbiran dalaman negara. Menjelang petang Ahad, lima api inferno marak ke tengah Portugal, tambahnya.

Jumlah kematian dijangkakan meningkat kerana masih ramai yang belum ditemui. Separuh daripada yang terbunuh meninggal dunia di dalam kereta mereka, kata Gomes. Mereka dimakan api sewaktu memandu di sepanjang jalan melalui kawasan hutan padat antara Figueiró dos Vinhos dan Castanheira de Pêra, cuba untuk melarikan diri daripada kawasan api. Dua orang terbunuh akibat kemalangan di tempat yang sama.

Sumber gambar: nytimes

Sumber gambar: nytimes

Beberapa rumah turut musnah disebabkan api. Televisyen Portugis menunjukkan orang ramai berpusu-pusu keluar meninggalkan rumah mereka di awal pagi Sabtu, diiringi ahli bomba dan pasukan penyelamat.

Beberapa jalanraya tidak boleh dilalui disebabkan api dan asap tebal yang muncul apabila anggota bomba cuba menghalang kebakaran daripada merebak. Sepanyol menghantar dua pesawat sebagai bantuan.

Terdapat satu peristiwa luar biasa melibatkan seorang wanita cacat berusia 95 tahun bersama 12 penduduk tempatan yang muncul tidak terjejas akibat kebakaran selepas mereka bersembunyi di dalam tangki air. Maria do Céu Silva dipuji atas tindakannya menggunakan tangki air rumahnya untuk menyelamatkan penduduk Nodeirinho, termasuk ibunya yang tua, Correio da Manhã. Silva berkata ibunya hanya berserah menunggu mati, tetapi beliau tidak mengalah, lalu membawa jirannya menyorok di dalam tangki air sewaktu api sedang marak membakar di sekeliling mereka.

Mangsa termuda dilaporkan pada hari Ahad ialah Rodrigo Rosario, empat tahun, yang terbunuh di dalam kereta bersama pak ciknya Sidel Belchior sewaktu memandu di jalan kampong berdekatan bandar universiti bersejarah di Coimbra.

Sumber gambar: bloximages

Baca lagi: Jurulatih Sukan dengan Bayaran Tertinggi 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *