Kebaikan Kalsium Kepada Tubuh Badan

Pengambilan kalsium pada setiap hari dikatakan dapat membantu membekalkan nutrien bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat.

Bagi ibu mengandung, doktor akan mencadangkan supaya mereka mengambil makanan tambahan kalsium bagi membekalkan keperluan yang mencukupi kepada bayi.

Jika seseorang itu tidak mempunyai jumlah kalsium yang diperlukan, badan akan akan mengambil kalsium dari tulang sehingga boleh meletakkan penyakit osteoporosis.

Osteoporosis berlaku apabila kepadatan jisim di dalam tulang merosot dan menjadi mudah rapuh, mudah retak dan lemah.

Oleh yang demikian, amalkan makanan yang tinggi kalsium seperti yang disyorkan ini bagi menjamin anda peroleh keperluan kalsium yang mencukupi.

  1. Sayuran Hijau

Frojen

Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan bayam mengandungi khasiat tinggi yang baik untuk kesihatan. Satu penemuan dari University of Liverpool, England mendedahkan bahawa serat pada brokoli mempunyai manfaat positif bagi kesihatan usus manakala dengan mengamalkan bayam pada setiap hari, anda akan terhindar daripada serangan jantung, untuk menikmati sayuran hijau ini, anda boleh memasak dengan cara merebus, menumis atau dimasukkan ke dalam sup.

2. Produk tenusu

Toasting with Milk Glass

Makanan seterusnya yang mempunyai kalsium tinggi ialah produk tenusu seperti keju, susu, tempe atau yogurt. Susu adalah antiasid yang sangat baik. Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang, gigi, kuku dan rambut kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel. Malah, mengamalkan segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan dan menjadikan tidur lena.

3. Bijiran Penuh

Today I Found Out

Keputusan kajian epidemiologi menunjukkan individu yang mengambil bijiran penuh melebihi satu saiz sajian sehari mempunyai jisim tubuh yang lebih baik. Ia kerana penyerapan bijiran penuh dalam tubuh adalah lebih perlahana, sekaligus mengurangkan risiko obesiti, diabetes, osteoporosis, penyakit jantung, kanser, strok dan tekanan darah tinggi. Antara sumber makanan bijiran penuh adalah biskut bijiran penuh, barli, pasta, oat, mi, muesli dan granola bars.

4. Avocado

Sick Chirpse

Sumber kalsium tinggi terakhir adalah avocado. Avocado cukup terkenal dengan kandungan serat dan kalsium yang tinggi. Bahkan pengambilan avocado pada rutin harian dapat membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh badan.

5. Salmon

Tesco Real Food

Ikan salmon dianggap makanan yang amat lengkap dengan pelbagai nutrisi. Manfaat yang terdapat pada ikan salmon adalah lebih kurang dengan ikan sardin, ikan kod dan makarel.

Antara kandungan nutrien yang terdapat pada ikan salmon adalah asid amino, vitamin A,D,B,E dan kandungan kalsium. Malah, ikan salmon juga memiliki beberapa kandungan yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh manusia yang efektif dalam mencegah radikal bebas bahkan penyakit kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *