Kebaikan dan khasiat Terung Untuk Penis

3

Terung, mungkin tidak ramai lelaki yang menggemari terung namun begitu khasiat yang ada pada terung mampu memberi kebaikan kepada penis.

Mitos mengatakan terung tidak baik untuk alat sulit lelaki dan menjadikan ianya mudah layu. Apa benar dakwaan ini?  Terung sebenarnya mengandungi flavonoid, kandungan yang berkhasiat bertindak sebagai anti oksiden dalam melancarkan pengaliran darah.

Malah terung didapati boleh mengurangkan tahap kolestrol seseorang. Selain daripada itu khasiat terung baik bagi mencegah kanser, menjaga kesihatan jantung serta serangan stroke.

Terung merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga solanaceae dan genus solanum. Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka.

Tumbuhan ini amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Di sini terung biasanya digunakan bagi tujuan masakan. Nama botaninya solanum melongena. Pokok terung ialah pokok saka yang sering di tanam sebagai pokok setahun.

aubergine

Kredit foto : http://whiteoakfrozenfoods.com/

Cara masakan yang disarankan oleh ahli nutrisi adalah tidak mengupas kulitnya kerana mempunyai kandungan “phytonutrients”.

Selain daripada itu, terung juga disarankan agar tidak digoreng tetapi di masak secara dipanggang kerana terung dimasak dengan menggunakan minyak goreng, maka akan menyerap banyak lemak. Dimana serapan lemak dalam jumlah banyak dan hanya merugikan kesihatan.

Dalam perubatan Hindu, terung merupakan tumbuhan pembangkit ghairah seksual. Di Eropah juga terung mendapat nama jolokan sebagai epal cinta dan sangat popular sebagai buah penambah ghairah sejak tahun 1600 – an.

Ini kerana terung mengandungi flavonoid yang berkhasiat sebagai antioksidan dan melancarkan sirkulasi darah sehingga baik untuk mengatasi disfungsi ereksi yang disebabkan oleh gangguan sirkulasi darah.

Selain daripada itu, di Nigeria, tumbuhan terung mendapat tempat yang cukup baik di kalangan masyarakat mereka. Tumbuhan terung ini digunakan sebagai bahan makanan untuk meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki.

 

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.