Kawal kulit berminyak

Esensi kulit nyata menjadi daya penarik tatkala menjalani rutin seharian. Menuruti kehendak kerjaya mahu pun menjalankan aktiviti lasak dan ‘outdoor’ pasti menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak. Lelaki nyata lebih cenderung mengalami masalah kulit berminyak berbanding wanita kerana pengaktifan hormon testosteron yang lebih memuncak.

Atasi kulit wajah berminyak dengn beberapa pengenalpastian punca dan faktor yang menjadi penyumbang utama kepada masalah kulit berjerawat ini.

Memicit Jerawat

Lahiriah ramai kita sememangnya gemar memicit jerawat kala ia tumbuh pada wajah. Tabiat memicit jerawat dengan menggunakan jari mahu pun kuku adalah tidak digalakkan kerana kondisi jari dan kuku yang sering kali terdedah kepada bakteria. Lebih teruk lagi apabila ia mampu meninggalkan kesan dan parut pada wajah apabila pulih. Oleh yang demikian, saranan untuk menggunakan krim jerawat adalah lebih baik kerana dapat kan secara perlahan dan selamat.

Kawal kulit berminyak

                                                                              www.gettyimages.com

Kerap kali membersihkan wajah

Tidak salah sekiranya menjadikan tabiat kerap mencuci wajah sebagai amalan. Namun, cuci muka dengan air adalah lebih baik berbanding dengan menggunakan pembersih muka atau ‘cleanser’ secara kerap. Hal ini kerana akan menjadikan kulit wajah semakin berminyak dan berjerawat. Bersihkan wajah dengan menggunakan ‘cleanser’ hanya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum waktu tidur.

Kawal kulit berminyak

                                                                   www.washingtonpost.com

Produk base minyak

Pemilihan produk yang berasaskan minyak juga menjadi penyumbang kepada masalah kulit muka berminyak. Tambahan lagi, produk yang berminyak akan menyebabkan jerawat di wajah akan sukar sembuh. Oleh yang demikian pilih produk yang mengandungi rumusan berasaskan air dan mineral supaya kulit akan kelihatan lebih segar dan terhindar daripada kilauan minyak.

Kawal kulit berminyak

health.howstuffworks.com

ads-facial-bar

Bakteria akibat peluh

Lelaki sering kali tidak terlepas daripada berpeluh kerana tahap keaktifan yang lebih tinggi dalam menjalani rutin seharian. Oleh itu, penyerapan peluh yang mungkin mengandungi bakteria ke dalam kulit mampu memberi kesan kepada kulit anda. Maka, jangan berlengah untuk memberihkan peluh sebelum ia kering sepeti mencuci wajah atau terus mandi agar kulit anda tampak sentiasa segar.

Kawal kulit berminyak

                                                                       www.livestrong.com

Kesan syampu

Ramai diantara lelaki mengalami masalah kulit berminyak di bahagian dahi. Tahukah anda bahawa krim syampu yang terkena di bahagian kulit wajah tatkala merapikan syampu di kepala boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat. Hal ini adalah kerana, kebanyakan syampu di pasaran mengandungi bahan pelembap dan berminyak untuk melembutkan rambut. Oleh yang demikian, pastikan buih syampu tidak melepasi kanvas wajah tatkala menggunakannya.

Kawal kulit berminyak

                                                                    blog.themancompany.com

Faktor pemakanan

Pengambilan makanan berminyak secara kerap sebenarnya menjadi penyumbang utama kepada masalah kulit berminyak. Amalkan diet dan pemakanan yang lebih neutral dan terhindar daripada minyak seperti yang direbus, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kawal kulit berminyak

thetinyearth.tumblr.com

Begitulah tips yang dapat pihak Mensive kongsikan bagi lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak. Jika anda ada sebarang perkongsian boleh komen di bawah!

BACA: Adakah Ciuman Itu Betul-Betul Menggelikan?

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *