Kasut Bukan Sekadar Alas Kaki, Ikuti Tips Berkenaan Kasut

Kasut Bukan Sekadar Alas Kaki, Ikuti Tips Berkenaan Kasut

wonderwoman.intoday.in

Kasut sebagai alas kaki saat melangkah ke luar rumah, ia merupakan satu item penting dan perlu diberi perhatian. Berfungsi sebagai pelindung kaki, kasut atau sepatu turut mempengaruhi gaya seseorang itu.

Golong lelaki juga tidak terkecuali kerana sepatu dapat mencetuskan keyakinan buat si pemakainya. Jika masih buntu memilih sepatu bersesuaian. Mensive ada jawapannya. Semak panduan di bawah.

ads-beard-oil

 

Ambil Kira:

  • Beli kasut pada waktu siang atau petang kerana pada waktu tersebut kaki anda berada pada saiz yang tepat. Ia akan menjadikan anda selesa untuk melangkah.
  • Semasa mencuba, memastikan anda berdiri tegak dan berjalan-jalan di sekitar kedai. Berjalan di atas simen bukannya di atas karpet. Memastikan anda betul-betul selesa.
  • Sewaktu mencuba, pakai selipar dengan stoking. Ini pun jika anda jenis yang pakai stoking dengan kasut.
  • Kedua-dua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Memastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.
  • Memastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainnya.
  • Permukaan kasut anda sebaliknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaaan kaki.

Elakkan:

  • Jangan terburu-buru ketika membeli kasut. Pilih jenis yang sesuai dengan penampilan anda.
  • Elakkan membeli pada waktu pagi kerana ketika itu kaki anda tidak berada dalam keadaan maksimum
  • Usah mencuba duduk sahaja. Kena berdiri dan berjalan di sekitar kedai.
  • Jangan malas mencuba menyarung sendiri kasut. Kadangkala saiz setiap jenama berbeza.

Info: Pemilihan kasut perlu sesuai dengan acara dan aktiviti. Jika mahu praktikal, jenis sneakers adalah pilihan yang terbaik.

BACA: Model Hijab Gegarkan Malam Minggu Fesyen di New York

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *