Kareena Kapoor Berada di Malaysia untuk Pembukaan Kedai Juiceco

KUALA LUMPUR: Pelakon Bollywood terkenal Kareena Kapoor membawa jenama terkenal beliau, Juiceco ke Malaysia untuk pembukaan besar-besaran di Jalan Telawi, Bangsar.

Beratus peminat termasuk yang sanggup datang daripada Pulau Pinang telah beratur sejak daripada pukul 5.00 petang meraikan Kareena dengan meriah ketika beliau muncul pada pukul 7.30 malam.

Sumber: Pinterest

Situasi menjadi sedikit luar kawalan apabila terdapat beberapa peminat yang melepasi kawasan halangan kerana cuba untuk mendekati idola mereka, walaupun dengan kawalan yang ketat.

Kata Kareena, “Sayang sayangkan Malaysia. Setiap kali datang, sukar untuk saya tinggalkan tempat ini, terlalu banyak kasih sayang. Saya berasa seperti berada di rumah.

“Saya ingin berterima kasih kepada Juiceco kerana membawa saya kepada peminat, membawa saya kembali ke Malaysia.”

Juiceco dijangka menjadi kedai jus terbesar di Malaysia, menyediakan jus buah-buahan segar, smoothies, dan snek berasaskan buah-buahan, dengan lebih daripada 200 pilihan berharga dalam lingkungan RM5 hingga RM15.

Sumber: Juiceco Malaysia

Baca lagi: 10 Gambar Sukan Paling Kelakar Sepanjang Masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *