Kanye West Masuk Hospital Kerana Tertekan

636152416170401359-ap-music-kanye-west-kid-cudi

Selepas insiden dia menjatuhkan mikrofon di salah sebuah persembahannya sebelum ini, Kanye West dilihat berperangai pelik, sehinggakan peminat dan penganalisis kesihatan memintanya untuk membuat rawatan lanjut.

Menurut laporan NBC News, penyanyi rap itu yang juga suami kepada Kim Kardashian kini berada di dalam pemerhatian salah sebuah hospital di Los Angeles, selepas polis menerima panggilan supaya bertindak atas faktor ‘kebajikan perubatan’ petang kelmarin.

ads-perfume-with-azrel
Disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya itu, promoter, Live Nation telah membatalkan 21 persembahannya termasuk di West, Saint Pablo di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Mereka berjanji akan memulangkan duit tiket kepada pembeli yang telah bersedia untuk konsert Saint Pablo di Orlando, Philadelphia, Washington, Boston, New York dan Toronto di Kanada.

Kelakuan pelik penyanyi rap itu bermula di persembahan di San Jose, California, kerana mula bercakap tentang politik selama lebih kurang sejam.

Beliau menyatakan sokongannya terhadapa presiden baru yang dilantik iaitu Donald Trump.

Malah di ketika konsert itu berlangsung dia hanya menyanyikan 3 buah lagu sahaja dan selebihnya bercerita hal politik dan mengutuk Hillary Clinton, Jay-Z dan juga Beyonce.

Pada Ahad lalu, West, 39, membatalkan konsertnya yang dijadualkan di Los Angeles. Pada Oktober lalu pula , dia telah membatalkan konsert di New York selepas isterinya, personaliti media terkenal, Kim Kardashian dirompak di Paris.

Komen di bawah!

Sumber: Kosmo

BACA: Lelaki Dijangka Tidak Hidup Lama Sambut Krismas Awal

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *