Kantoi Apabila Ditangkap Bercium Dengan Ryan Reynold, Andrew Garfield Mengulas

Kemungkinan ramai yang sudah tahu tentang Andrew Garfield yang telahpun berpisah dengan pemenang Aktres Terbaik Golden Globes 2017, iaitu Emma Stone. Keadaan menjadi semakin hangat apabila video Ryan dan Andrew bercium ketika majlis Golden Globes itu di muatnaik di media sosial, maka media kini membuat spekulasi yang mengatakan bahawa Andrew sebenarnya menyukai pasangan sejenis.

Bekas teman wanitanya juga kelihatan kehairanan dengan insiden tersebut namun berlagak biasa ketika menerima trofi Aktres Terbaik. Aksi mendebarkan itu berjaya dirakamkan oleh wartawan dan kini tersebar luas melalui media sosial malah berada di muka suratkhabar juga semenjak itu.

Gambar hiasan: The Sun

Kejadian bercium itu dikatakan berlaku ketika nama aktor Ryan Gosling diumumkan sebagai pemenang trofi Aktor Terbaik, menewaskan Ryan Reynolds yang bersaing dalam kategori yang sama untuk filem Deadpool.

Detik yang dianggap sebagai ‘pelik tapi benar’ itu dirakamkan dan ditayangkan kepada seluruh dunia ketika Ryan Gosling sedang memberi ucapan kemenangan di atas pentas. Jadi anda faham sekarang bukan? Andrew Garfield bercium dengan Ryan REYNOLDS, dan bukannya Ryan GOSLING!

Gambar hiasan: AOL.com

Sementara itu, Ryan Reynolds tidak pula memberikan sebarang ulasan yang lebih lanjut mengenai perkara tersebut tetapi dia mengakui bahawa sememangnya dia tidak marah dengan tindakan Andrew yang tidak diduga mencium bibirnya itu. Bak kata orang, perkara itu telah pun terjadi

Dalam satu temuramah yang dilakukan oleh Andrew Garfield di The Late Show With Stephen Colbert, bintang Spiderman itu menjelaskan bahawa dia mencium Reynolds adalah untuk menenangkan rakannya itu. Padanya tidak kira jika Ryan Reynolds menang atau tidak dia tetap akan menyokong dan menyayanginya.

Gambar hiasan: Stylist

Malah ketika temuramah itu juga Andrew diminta untuk melakonkan kembali adegan ciuman itu kali ini bersama dengan hos Stephen Colbert. Mereka berciuman bukan sekali tetapi dua kali sehingga hos tersebut tidak mampu untuk meneruskan program temubual tersebut.

Andrew juga mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya, Emma Stone pada masa yang sama selain menganggap bahawa Emma adalah wanita yang baik dan sangat mengagumi bakat dan usaha yang dipamerkan olehnya.

Baca lagi: Legend Of The Blue Sea Bakal Menutup Tirai 25 Januari 2017 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *